SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, September 22, 2018

Dating Berdua dengan Khalisah

hari selasa lepas, cik zira kena kerja pagi. dah setel kerja pagi apa lagi lelaju balik rumah salin baju bawa baju jalan khalisah skali letak dalam kereta. amek khalisah dekat sekolah terus menuju ke queensbay.

semalamnya dah keluar berempat beli kasut jenjalan untuk khalisah dan khaliq. ibu takde kasut. jadi nak jugak kasut baru macam dorang. hehe. rupanya bukan ibu je gi beli kasut sport baru, babah pun beli jugak sorang sorang.

pendek kan cite, sampai je pergi makan dulu. cik zira dan khalisah try makan dekat Mr. Dagkalbi yang baru buka jugak dekat queensbay mall ni dia ganti mee tarik warisan. kedai dia dekat area boat noodles dengan seoul garden.

first time bila makan tempat baru tak pernah order akan amek masa nak membelek menu. seb bek menu dia tak banyak sebab dia kira set. senang sket nak oder.

jadi, cik zira order set untuk 2 pax harga RM49 dapat nasi untuk 2 orang makan dan ramen untuk sorang makan. tapi kalau korang jenis yang tak makan banyak hidangan 2 pax boleh makan sampai 4 orang. tapi set ni cik zira tak amek yang ada sayur sayur ayam lebih amek set biasa sebab nak try dulu kan.






dia siap bagi jeruk jeruk dengan salad. licin cik zira makan. ada air sejuk kosong jadi tak oder air. sejug dia kasi air sejuk.

adik tu akan masak dekat depan kita. dia menggoreng tengok jela. khalisah pun tekun tengok kakak tu masakkan untuk dia. nasi goreng dia banyak sangat tapi boleh je tapau kalau tak habis. nasi boleh tuka dengan ramen. kalau ramen konpem licin. siapa tak suka megi kan.

selesai makan, khalisah suh amek gamba dia posing. layankanlah ibu pun. jap sini jap sana dia nak amek gamba. nampak tempat cantik dia suh benti amekkan gamba dia.







lepas tu kitorang dua setelkan misi mencari kasut sport ibu. puas masuk kedai sukan sume tapi takde berkenan pun sebab nak cari merah. last-last masuk dalam jusco dapat yang berkenan walaupun tak merah tapi maroon pun oklah. selesa dan puas hati.

dapat kasut terus pakai, jalan jalan lagi ngan khalisah. siap beli popcorn dengan roti nak tapau bawa balik. khalisah dapat topi baru ibu belikan.




bila dapat dating dengan khalisah je boleh tenang tenang la berjalan makan sume. kalau berjalan dengan khaliq skali memang keadaan nya tak sama macam ni. tapi jarang sangat nak berdua je ngan khalisah sebab biasa memang bertiga jalan sama sama. nak dapat berdua je bila ibu keje pagi dan petang boleh curi masa berjalan sekejap.

takpe, sekarang anak anak kecik lagi, nanti masing masing dah beso sket bolehlah berjalan tenang tak kelam kabut. sekarang kan baya khaliq ni duk keje nak berlari je. jenuh nak kejo. duduk dalam stroller memang tanak. kenalah dukung dan kadang lepaskan dia berlari dan kena kejo.

ni sume momen. momen indah yang kena simpan sepanjang hayat. betul tak?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails