siapa kenal cik zira memang tahulah selain peminat tegar merah, cik zira juga seorang yang suka pedas. lagi lagi megi. dan maggiepedasgiler adalah favourite cik zira sangat dan paling suka perasa ayam bakar. ni sambil taip sambil teringat kecur air liur dah. haha
ada kawan skola cik zira dm tunjuk gambar ayam bakar ada 2x spicy. cik zira cari dekat penang tak jumpa, balik JB haritu pergi giant jumpa. terus lah amek 4 mangkuk sebab ada offer. 2 mangkuk ayam bakar biasa, dua mangkuk yang 2x spicy.
tu yang rembat dulu sebab masuk je giant memang banyak betul maggiepedasgiler semua perisa ada. lepas amek tu, pergi beli baju dengan seluar khalisah untuk simpan dekat JB, sebabnya baju seluar dia sume dah tak muat.
lepastu beli jajan sket. khaliq ibu belikan mainan ultraman. letak dia dalam kereta trolley tu senang tolak je dia senang nak amek barang skali.
oleh kerana balik JB haritu nek kapal je, jadi gi giant nek grab jela kitorang 3 beranak. senang.
esoknya baru dapat merasa maggiepedasgiler ayam bakar 2x spicy tu. letak plak telur dadar dengan isi ayam kfc spicy gaul dengan megi.
pedas. tapi boleh tahan dan dapat habiskan macam biasa. lagipun perasa ayam bakar kan cik zira suka. sedap.
korang dah cuba ke. kalau belum cepat dapatkan sekarang.
No comments:
Post a Comment