alkisah. ni cerita masa Padini buat sales tu hari. cik zira pun pergilah queensbay nak tengok apa yang patut kot ada boleh tambah baju raya untuk khalisah khaliq. tapi baju anak nan hado yang cantik pun rembat untuk basahan je.
yang ado ialah baju ibu. masuk jusco sekali terpandang dekat patung pakai alahai cantiknya, macam brand femes punya corak. pastu pegang rasa kain, masha Allah sejuknya kain dia. kalau pakai mesti sejuk je selesa.
apa lagi terus cari dekat railing. mak ai banyaknya corak cantik cantik. brand Puteri. harga sepasang RM79. terus amek saiz M dan masuk fitting room try satu satu.
memang terus bergumbira ria. sebab kain sangat selesa. selesa sangat sebab dia bukan cotton vietnam yang keras tu. yang tu cik zira tak suka pakai. ni jenis cotton ringan yang memang sangat sangat sejuk dan selesa pakai.
terus cik zira membuat rembatan kencang dengan mengambil 8 pasang yang ada saiz. siapa kenal cik zira memang tahula cik zira ni sejeni tak pernah beli 1 ke 2 ke memang jenis membeli banyak bila dah berkenan di hati.
orang lain beli baju raya cik zira beli baju kerja. ala boleh bawa raya jugak apa. apa ada hal kan. hehe. balik basuh jemur dan terus iron. semangat nak pakai pergi kerja.
setakat ni dah pakai 3 pasang bawa gi keje memang selesa. tapi ni pergi sebelum puasa lagi haritu stok memang tengah banyak.
tapi kalau sekarang nak raya ni pergi entah entah dah habisla kot kan.
tapi kalau masih ada, korang tryla rasa kain dia memang best.
1 comment:
Sama la baju Kita tahun Lepas
Post a Comment