sesibuk mana pun cik zira setiap hari, cik zira akan cari masa untuk bawa khalisah dan khaliq keluar berjalan sabtu atau ahad atau dua dua hari sekali. jadinya, cik zira akan cuba siapkan kerja lepas subuh.
biasanya cik zira suka bawa anak anak awal, maksudnya macam kul 11 dah sampai mall sebab senang dapat parking orang pun tak ramai lagi.
macam ada sehari tu, bawa jalan dekat queensbay mall je sebab nak cari hadiah birthday untuk sepupu khalisah. khalisah dengan ibu nak cari hadiah dekat smiggle je senang.
sampai tu makan dulu sebab ibu lapar je kerjanya kan. makan dekat pizza hut je sebab dekat dengan smiggle tu. order makanan. tapi yang set nasi dengan ayam tu tak sedap lah. nasi tak sedap ayam pun tak sedap. yang lain ok macam biasa.
dalam duk tunggu makanan tu macam macam aksi dah budak dua ni buat. sampai bunting dekat cermin pun sampai terjatuh khaliq buat. aduhai anak.
tapi, seb bek mood nak makan khaliq ada. banyak jugak dia makan.
lepas makan, terus gi smiggle cari hadiah. belikan wallet. khaliq macam biasa, ibu akan kasi fon kejap suh dia duduk sebab nak membeli. phone ni perlu bila waktu macam ni nak kasi dia leka sekejap. lepastu amek jela balik bila dah sampai waktu nak jalan jalan balik.
lepastu masuk BATA, kedai best ada ruang untuk anak anak bermain. belikan sport shoes baru untuk khalisah sebab yang babah belikan dah kecik. sandal dorang yang sama tu pun cik zira beli dekat bata selesa sangat dorang pakai. jenama bublegums memang tahan lasak dan harga setanding kualiti.
dah beli kasut, masuk dalam jusco. beli mainan pulak ibu upah sebab behave.
siap semua turun bawah tapau makanan siap siap lepastu masuk kereta balik rumah.
macam nilah selalu cik zira usung khalisah dan khaliq bawa berjalan. kadang letak dalam stroller tapi kadang malas saja nak suruh dia jalan sendiri.
suami cik zira sentiasa sibuk. balik kerja pun lambat, jadi cik zira memang usung je bawa anak sendiri gi mana-mana. takde masalah pun sebab memang dah biasa.
No comments:
Post a Comment