SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, October 22, 2023

Classic Tomyam Sg Dua Penang

Tengok alamat Gelugor ingat dekat dekat rumah je, sekali dekat sg dua rupanya jalan nak ke usm dekat dengan nasi campur femes tu. 

Nama kedai Classic Tomyam. Buka dari 4 petang sampai tengah malam. Masa kitorang sampai tu petang tak ramai orang lagi. 

Cikzira order nasi putih 2, tomyam sotong, daging masak pedas,telur dadar, sotong goreng tepung dengan fresh orange. Total makan tak silap dalam RM47-48 macam tu. Ok jugak la harganya sebab portion banyak. 

Fresh Orange
cawan besar, rasa sedap

Daging Masak Pedas
boleh makan sampai 3 orang portion dia
daging sayur banyak tak kedekut
kuah cukup rasa sedap!


sotong goreng tepung 
rangup, ada dalam 7 ketul macam tu
cuma cikzira tak suka 
jenis sotong ring macam ni
prefer sotong fresh

telur dadar

tomyam sotong
rasa kuah tomyam secukup rasa
masam pedas masin
sotong fresh pun portion banyak


Banyak lagi menu menarik Thai dekat kedai tomyam ni. Korang kalau tak tahu nak makan dekat kedai tomyam mana dekat penang tu, bolehlah try dekat Classic Tomyam ni. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails