Cikzira bawa dua ketul pergi dinner dekat The Portugis Grill ni jumaat baruni.
Nasib dekat je, keluar lepas maghrib. Kedainya kecik comel je dekat kawasan rumah. Nak parking ada tempat parking.
Macam macam menu ada, set nasi dan lauk, goreng goreng, western dan banyak lagilah.
Char Kuey Teow Kerang RM6 portion sesuai harga 7/10 |
Prawn Aglio Olio Spagethi RM12.90 udang ada 4 ketul saiz sederhana rasa cukup masin pedas 8/10 |
Milo Ais Nescafé Ais Teh Ais minuman semua ok |
Maggi Kuah Daging RM8 maggi tak kembang lagi kuah pun rasa biasa je 5/10 |
Chicken Carbonara Spagethi RM10.90 rasa ok, cuma tak ok ada bawang bawang tu 7/10 |
Kedainya kecik, mungkin tukang masak ada sorang je, jadi nak kena tunggu order satu satu sampai. Rasa makanan pun boleh dimakan☺️
No comments:
Post a Comment