SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, August 12, 2024

JJCM Penang : Cili Kampung The Light Hotel

Semalam, bawa ramai-ramai makan tengah hari dekat Cili Kampung, The Light Hotel. Kalau setakat makan bertiga dengan khalisah dengan abdul khaliq macam tak berbaloi. Jadi, kita bawa ramai ramai baru best amek 3-4 jenis lauk.

Boleh je nak buat booking sesiap macam cikzira book sekali dengan menu. Tapi, nak walk in pun boleh. Meja banyak. Macam kitorang pergi semalam ada 2-3 table jugak sambut besday staf cili kampung tolong nyanyi dan celebrate sekali.

Tempat luas, selesa, bersih dan cantik. Meja pun banyak je boleh muat ramai dalam satu masa. 

Ni apa yang cik zira order untuk kitorang 5 dewasa 2 kanak kanak 2 baby dan semua licin alhamdulillah.

🍚 Nasi Putih 7 RM5x7=RM35
🍳 Telur Dadar RM15
🍗 Masak Kicap Chicken RM40
🥩 Masak Lomak Beef RM58
🦑 Sambal Petai Squid RM58
🍹 Milo Ais RM13
🍹 Kopi Kampung Ais RM12
🍹 Teh Susu Ais RM10
🍹Tembikai Laici Limau Freeze RM16
Total semua skali Tax : RM286.50












Next time, boleh cuba lauk lain pulak. Tapi yang order semua sedap. Tak pedas pun. Anak anak boleh makan. Kalau weekdays ada high tea dengan set nasi lemak pun nanti nak cuba. 

Sesekali makan nasi lauk kampung tapi dalam restoran mewah lain sikitlah kan vibes nya tapi love❤️

STATUS : sedap. Boleh repeat✅


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails