menjadi seorang bukan mudah kerana bukan mudah untuk memuaskan seseorang yang lain dan yang lain-lain
perlu ingat
jika ada yang suka pasti ada juga yang benci
jika ada yang selalu menyokong pasti ada juga yang selalu menjatuhkan
manusia
memang ada yang jenis tidak boleh melihat orang senang
ada saja kesalahan yang dicari walaupon sebesar kuman
salah pada orang dibesar-besarkan dan salah pada diri sendiri tidak nampak
siapa yang faham ayat-ayat di atas, alhamdulillah
kadang-kadang memang susah nak puaskan hati semua orang kan
dan cik zira selalu berpesan pada diri sendiri, kalau ada yang suka dan sayang pasti ada yang benci jugak
jadi tak mengapalah, cik zira pon tak buat apa kat orang yang membenci tuh
tak buat salah apa pun
kalau ada kata-kata cik zira dalam blog cik zira selama ini yang menyinggung perasaan sapa-sapa, cik zira minta maaf sangat-sangat
cik zira menulis blog dengan niat untuk berkongsi cerita
tiada niat sebalik itu
jika kamu-kamu yang membaca menganggap cik zira ni mengada ke, menunjuk ke, apa ke dan yang sewaktu dengannya, cik zira tak boleh halang semua itu
tulisan yang dicatat boleh ditafsir oleh pembaca dengan pelbagai tafsiran
mungkin apa yang cik zira maksudkan lain, orang yang baca memahami dengan lain
takpe, cik zira faham
mana-mana pergi pon, tak semua orang akan suka
jadi, kena ingat itu
yang tak suka tuh biarkanlah, bukan boleh buat apa kalau orang dah tak suka kan
berilah tumpuan dan perhatian kepada orang lain yang suka dan menyokong
tapi, kalau boleh, yang tak suka tuh, tak usahlah nak menjengah blog ni lagi kalo setiap kali tgk blog ni nak kutuk, nak menyampah ke, nak benci ke, tak payahlah macam gitu k
lebih baik tak payah buka, tak payah baca, korang pun tak sakit hati kan
itu jalan terbaik
takpelah
manusia mana ada yang sempurna
cik zira bersyukur dengan apa yang Allah berikan dan bersyukur sangat sebab orang yang mengenali cik zira, keluarga dan rakan-rakan faham dan kenal siapa cik zira
pembaca dan rakan-rakan bloggers yang menyokong cik zira, cik zira terharu dengan perhatian yang korang berikan, terima kasih sangat-sangat
cik zira fikir satu sahaja
cik zira tak pernah cari pasal dengan orang
dan kalau orang-orang yang nak cari pasal dengan cik zira tuh, itu hak korang, cik zira tak boleh nak halang
cik zira pon tak kisah buat yang tak suka tuh korang nak kata apa, katalah
sebab yang paling penting ialah, keluarga, rakan-rakan, pembaca, bloggers dan orang-orang sekeliling yang mengenali cik zira faham siapa cik zira, ini lagi penting
oleh itu, selepas ni, cik zira tak kan amek tahu dah dan nak buat tak kisah jek orang-orang yang tak suka ni, itu hak korang kan
cik zira lebih utamakan siapa yang betul-betul kenal diri ni, itu lebih penting sebab orang-orang macam ni lah yang banyak memberi kekuatan buat cik zira
buat semua, terima kasih kerana tetap menjenguk dan membaca blog merah ini
cik zira betul-betul sayangkan korang
cik zira akan terus menulis dan terus pertahankan blog kesayangan cik zira ni
buat yang membenci,
itulah yang cik zira kata, kalau benci sebab sekadar membaca blog cik zira ni tanpa mengenali diri sebenar cik zira, cik zira tak boleh nak kata apa
lebih baik korang jangan lah susah-susah nak jenguk dan baca blog cik zira ni kalau asal baca nak benci asal benci nak baca
lebih baik jangan kan, nanti korang yang sakit hati
cik zira pesan macam gitulah
cik zira tahu ramai tak suka cik zira, padahal cik zira tak cari pasal pon dengan sape-sape
dan ada tak suka dengan tulisan cik zira dalam blog ni terutama tentang diri cik zira
manusia ada kekuatan dan ada kelemahan, masing-masing macam tuh, sama
tiada manusia sempurna dalam dunia ni, memang tiada
cik zira pon macam gitu jugaklah, ada benda baik yang orang suka, dan ada benda yang cik zira buat orang nampak tak elok, tego dengan baik, cik zira terima dan cuba ubah, insya Allah,,
itu sahaja yang ingin dikatakan
harap faham dengan apa yang cik zira nak katakan
tidak mahu mencari pasal dengan siapa-siapa
hanya mahu berpesan kepada yang berkenaan dan juga berpesan dengan diri sendiri
yang baik itu hanya dari Allah swt dan yang buruk semua itu dari diri cik zira sendiri,,
No comments:
Post a Comment