salam semuanya
selamat pagi selasa buat semua k
macam biasalah kan, tak sah kalau cik zira tak berkongsi cerita tentang sekolah
orang kata, isnin selalunya hari malas nak bekerja semula sebab semalamnya baru berakhir hari ahad iaitu hari minggu, jadi semuanya rasa berat sahaja
tapi, tidak bagi cik zira semalam, pergi sekolah dengan semangat
pakai cantik-cantik dan semalam temanya UNGU, bersempena Fadzilah kahwin tema pun ungu,, ececeh
pergi sekolah jalan ok, cuma banyak lori sket dari selalu tapi sampai sekolah hanya 20 minit macam tuh
di sekolah pula mengajar seperti biasa, 3 kelas Tahun 3 dan mengajar english
dapat jadual sampai sekolah tuh, terus buka buku teks dan plan nak ajar apa, lagipun hanya nak buat ulangkaji sahaja sebab minggu depan peperiksaan akhir sekolah
perjalanan balik juga lancar tidaklah jam sangat seperti selalu, jadi sampai awal sedikit, happy sangat isnin semalam
semalam dapat jadual pengawasan peperiksaan, dah tengok dan dah highlight
nanti kena belajar dengan akak-akak kalau tak tahu pape
lepas tu jumpa Penyelia Petang nak bagi surat cuti untuk konvo, lepas tuh Kak Ti pun bagi tahulah cik zira, mulai minggu depan, cik zira akan gantikan sorang cikgu cuti bersalin
cik zira akan jadi GURU KELAS 1M sampailah tutup sekolah
takut juga terima tanggung jawab menjadi guru kelas, nampak macam senang tapi banyak juga tuh nak kena buat, takpe, tak tahu boleh belajar, lama-lama mesti pandai, manalah tahu kan, kot-kot lah tetiba tahun depan terus kena pegang kelas ke kan, sekurang-kurangnya dah belajar sekarang
wahai murid-murid 1M, bersedialah menerima guru kelas baru mu ini,,
nakal-nakal jek, tahulah nasib nanti,, hehe
perasan tak semalam, sehari entry MERAH-MERAH jek kan memandangkan cik zira punya mood semalam sangat baik jadi entry seharian entry MERAH sahaja,, hee
hari ni pergi sekolah tema BIRU plak
baju dah letak atas katil dengan tudung, tak iron jek lagi, karang dah setel dengan blog MERAH kesayangan baru nak iron baju
SELAMAT KE SEKOLAH TAMAN CENDANA ye Teacher Zira
hari-hari kena ada semangat macam ni, barulah masuk kelas nanti ceria bak warna MERAH jek kan kan kan
^___________^
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 19 oktober 2010 8.23 a.m.
No comments:
Post a Comment