SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, November 22, 2010

selasa-jumaat, KERJA!!



hari ni hari isnin kan? besok hari selasa kan?
hari ini isnin dan semalam ahad (ape ni cik zira, ingat main teka-teka hari ke ape?huhu), ahad dan isnin masa berehat dengan puas sebab bercuti
minggu lepas khamis sampai sabtu sekolah, bekerja






esok, selasa sehinggalah jumaat juga kena bekerja, pergi ke sekolah sebab minggu bertugas
kasihan kan?
sekolah lain ada dah seminggu start cuti, cik zira dan rakan guru SK Taman Cendana masih perlu bertugas
syahdu betul lah, huhu






selasa, khamis dan jumaat kena pergi sekolah, masuk kul 8 pagi dan balik kul 12.30 tengah hari
mesyuarat dan buat pape tugas yang patut
manakala pada hari rabu mesyuarat akhir tahun dan jamuan akhir tahun SK Taman Cendana yang akan diadakan di TS Hotel di Taman Scientex, dekat dengan sekolah jugak






dan
buat pertama kalinya, cik zira akan menjadi pengacara majlis pada acara jamuan akhir tahun tuh berpasangan dengan kak rahida sebab dia kena jadi pengacara tapi dia tak suka, jadi dia ajaklah cik zira jadi partner dia
keje dia pun jadi mudah sebab cik zira dah siapkan teks MC, tinggal nak berlatih sket supaya segalanya berjalan lancar 






dah lama tak pegang mic handle majlis ni
sume keje-keje ni dah lama tinggalkan sejak tinggalkan UUM
masa kat UUM, banyak jugak offer jadi pengacara majlis
untuk kolej sendiri, kolej tradewinds lagilah kan, sangat suka bila job ada boleh dikatakan hampir setiap bulan, dapat pegang mic, seronok sangat bila selalu dapat pengalaman mempengerusikan pelbagai jenis majlis dan acara
sangat suka!






dan kali ini, untuk majlis sekolah
walaupun kecil sahaja, cik zira janji akan buat yang terbaik dan tunjukkan kebolehan cik zira kepada guru-guru SK Taman Cendana
memang ada orang kata, ala jadi MC je pun, apelah susah sangat
tapi sebenarnya kalau event besar dan jemput orang besar-besar dan event itu berprotokol, kena tahu peraturannya semua dan apa yang dicakapkan semuanya itu dinilai, silap sket jek, kenalah nanti sebab menjadi pengerusi majlis bermakna semuanya akan terletak di tangan sendiri sebab tugas sebenarnya bukan mudah, kalau ada saat timbul sesuatu yang tidak dirancang, kena perlu bijak bertindak
ni semua cik zira dah lalui dan semuanya pengalaman bermakna





dan insya Allah, segala pengalaman yang ada, cik zira akan turunkan untuk majlis hari rabu ni
teks semua dah siap dengan pantun-pantunnya sekali
kak rahida, bersiap sedia, esok kena practice sama-sama ye!






jadi, kalau cikgu-cikgu lain dah mula bercuti
cik zira selasa sampai jumaat, KERJA!!!
lepas tuh baru dapat cuti sebulan sebab 27 disember kena masuk sekolah balik dan akan sibuk yang amat






cikgu memang cuti banyak tapi time tak cuti, kerja kat sekolah tuh, Ya Allah, hanya cikgu sahaja yang faham cikgu kan kan
bukan setakat mengajar di dalam kelas, tapi kerja-kerja lain juga perlu dibereskan
insya Allah, setiap hari cik zira cuba menjadi guru yang baik, masih belajar setiap hari






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 21 november 2010 10.10 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails