SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, December 20, 2010

kegemaran utama




bila bercakap pasal makanan, cik zira memang sangat suka
makanan adalah kesukaan cik zira sebab setiap kali makan, setiap kali itulah akan berasa nikmat
cik zira suka makan banyak makanan, bagi jelah makan apa pun, janji makanan dan HALAL,, hehe
tapi adalah juga yang cik zira tak makan tapi boleh dikira dengan jari jek sebab kebanyakkannya memang akan dimakan tanpa rasa bersalah,, =)






dan dari dulu sampailah sekarang dan rasanya sampai bila-bila, antara salah satu kegemaran utama cik zira ialah SAMBAL TUMIS PETAI
ha, ini memang sangat-sangat SUKA, tak kisahlah sambal tumis tu ada ikan bilis ke udang ke, janji sambal tumis, pulak tuh ada PETAI, memang kesukaan lah jawabnya
kalau ada sambal tumis petai ni, lauk lain takkan amek lah sebab nak makan nasi putih sahaja dengan sambal tumis petai, menikmati keenakkan sambal tumis petai ni dengan asyiknya






sebenarnya banyak sungguh makanan kegemaran cik zira, tak terkira
tapi, sambal tumis petai ni memang antara kegemaran utama
dan semua makanan masakan bik ani, memang cik zira suka sebab masakan bik ani memang terbaiklah!!
terima kasih ye bik ani sebab hari-hari masakkan yang sedap-sedap untuk anak sedaramu ini
bik ani ngan atok pun tahu cucu perempuan sulong dia ni memang suka dan kuat makan
eh, sape yang tak suka makan kan? semua orang suka






PETAI sedap
tapi cik zira tak reti makan petai mentah-mentah macam tu jek, kalau makan jadikan ulam pun tak makan, kalau masak sambal tumis baru makan bertambah-tambah sebab sangat selera






dan semalam bik ani masak sambal tumis petai ikan bilis tau
chenta hati 1 panjat pokok petai kat tepi umah tu minta bik ani buat sambal tumis petai
dah masak, ape lagi, cik zira, chenta hati 1 dan abdul yang balik kejap umah atok bantai makan sampai tak ingat orang lain, nasi yang selalu masak tak habis boleh habis plak dek penangan sambal tumis petai bik ani
memang sedap tau tambahan pula petai tuh segar dan besar-besar
sedap yang melampau plus makan dengan nasi panas, aduhai memang kecut perut






dan selain sambal tumis petai tu, cik zira pun suka makan makanan yang bergoreng sebab suka cicah dengan sos cili thai tu
contoh makanan bergoreng macam SOTONG GORENG TEPUNG yang memang antara kegemaran utama jugak, cendawan goreng dan apa jelah yang boleh dicicah dengan sos thai, memang cik zira suka
cendawan goreng bik ani pun sedap, rangup macam makan ayam goreng jugak,, hehe






kesimpulannya, makanan adalah nikmat terindah buat cik zira dan apa jua makanan yang terhidang atas meja tuh, memang akan dimakan oleh cik zira tak payah nak pilih-pilih
letaklah apa pun atas meja tuh, pasti cik zira makan,,,  =)






agaknya, kalau hari-hari makan sambal tumis petai pun best jugak kan, tapi nanti tak tahanlah rumah hari-hari bau petai plak, ngee






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 19 disember 2010 9.00 p.m.

2 comments:

fyna said...

sotong goreng tepong my fav! sedap gileeeeeeeeeeeee...hehe tp fyna xmkn petai =.=

hazirah abdul rahman said...

wah, ye, samalah kita, sotong goreng tepung memang sedap kan kan



tak makan petai ye, takpe2, tapi mana tahu kalau nak cuba, sedap tau!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails