SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, December 21, 2010

semalam pergi Jusco, jalan sorang-sorang tak sampai 2 jam dah balik dah.kejap kan?




semalam 20 disember, hari isnin, check gaji dah masuk, ape lagi lah kan sebab dah plan, kalau gaji masuk nak gi buat spek mata baru sebab spek yang ada tuh dah patah
kalau sape ingat cik zira pernah cerita, spek mata yang frame hitam ada bling-bling tuh dah tak dapat diselamatkan, jadi masuk gaji nak kena buat spek yang baru






pukul 12 lebih tengah hari, cik zira pergi BSN dekat Larkin Cenderawasih, keluarkan gaji yang sekali untuk disimpan dan keluarkan pencen atok
balik rumah, kul 2 bawa bik ani gi kg melayu sebab bik ani nak beli barang-barang
dah setel semua barang, cik zira bersiap nak ke Jusco


 ni muka gi bank keluarkan duit




pukul 3 keluar umah dan sebelum gi jusco singgah HSI hantar tudung dekat Kak Nor, customer cik zira yang merupakan doktor kat HSI, berkenalan masa tokyam kena masuk wad situ tak lama dulu
thanx ye kak nor


ni plak muka nak gi jusco




sampai je jusco, terus menuju tempat yang sepatutnya, naik tingkat atas sekali, masuk kedai cermin mata A-LOOK, kedai feveret cik zira kalau nak buat spek
terus cari bingkai warna MERAH, ada lah beberapa tapi ada yang tak MERAH sangat, ada yang frame dia kecik sangat tak sesuai dengan muka
akhirnya dapatlah yang berkenan di hati
pasal spek baru nanti cik zira cerita ye, teruja tau dapat spek baru ni, hehe






sementara nak menunggu spek mata siap, orang tu kata 2 jam, cik zira pun berjalanlah menuju ke Harris plak cari buku sebab nak kena buat soalan ujian untuk darjah 2 dan darjah 3
nak lengahkan masa, duduklah dalam kedai buku tu lama-lama cari buku yang berkenan
kena cari buku yang sesuai untuk buat rujukan nak buat soalan nanti
dah dapat buku yang diingini, terus ke kaunter dan bayar






masa banyak lagi, lalu cik zira pun berjalanlah lagi, masuk dalam jusco, ke bahagian pakaian wanita
tengok-tengok jek, nasib baik takde yang berkenan, jimat duit
masuk padini, tengok-tengok jek, tu jelah yang cik zira pergi
oh, lupa, terbekenan satu kasut kulit warna MERAH Bonia, suka sangat, cuba sarung pun sedap jek pakai, selesa sangat, harga dia RM 289, em, cuba jelah, nak beli tak mampu, huhu
tapi memang suka sangat-sangatlah!
takpe, sekurang-kurangnya dah cuba pakai, kira oklah tu,, =)







lepas da puas jalan, tengok masa ada lagi, turun plak ke bahagian makanan, tengok makanan banyak betul
pergi amek nestle yogurt bliss perisa blackcurrant
lepas tuh gi cari makanan plak, ingatkan nak beli takoyaki tapi fikir balik, nak beli takoyaki kat giant yang dekat tu pun ada, akhirnya beli sushi yang dalam paket yang harga RM 6.80 tuh, pilih yang mana berkenan, lepas tuh amek, tambah lagi 1 croquette
3 barang je beli dalam jusco harga pun RM 12.50 sahaja









lepas tuh dah tak tahu nak pergi mana dah, macam hilang arah plak jadinya nak menunggu spek mata siap dalam masa 2 jam yang cik zira rasakan punyalah lama
teringat nak belikan untuk atok ngan bik ani, pergilah masuk kedai roti La Boheme, beli roti 5 jenis lepas tuh bayar, harga untuk roti RM 8.50







dah tak tahu nak gi mana, masa tuh baru 5.15, naiklah tingkat atas, cari bangku nak minum air yogurt tuh sebab haus sangat, dah dapat minum, rehat jap lepas tuh terus pergi kedai cermin mata A-LOOK tuh balik dengan harapan spek baru dah siap sebab tanak tunggu lama-lama dah, nak terus balik
yelah, manalah best sangat jalan sorang-sorang ni, bosan jadinya,, hehe






masuk, bagi resit, upenya dah siap
yay!
cuba sekejap tengok ok ke tidak, terus puas hati sebab suka sangat
dah siap semua, dah boleh balik!!


ini barang yang dibeli semalam : 
plastik jusco + plastik La Boheme + plastik Harris + plastik A-LOOK


ni plak muka dah penat dalam kereta dah nak balik




itulah akibatnya kalau berjalan seorang diri, 2 jam pun rasa lama sangat
cuba kalau jalan berteman, 2 jam tuh rasa macam 20 minit jek sebab banyak benda nak buat
sampai umah terus makan sushi sebab dah lapa sangat, sebelum tuh makan croquette tuh dulu
makan sume nak kena cicah sos thai tuh baru sedap umph umph, ngee
sushi dah habis sambil tengok oprah, terus kekenyangan






itulah aktiviti cik zira semalam
ke jusco seorang diri, akibatnya 2 jam dirasakan sungguh lama
spek baru pun dah dapat, buku pun dah beli, sushi pun dah dapat makan
seronok betul semalam, tapi lagi seronok kalau dapat berjalan dengan buah hati, tapi buah hati jauh, kena pasrah jelah ke mana pergi seorang diri, huhu






p/s sorrylah ye entry pagi ni terlewat sikit, selalu kul 9 dah keluar, tapi pagi tadi gi pasar bawa bik ani beli barang, tu yang entry pagi ni pun dah terlambat siapkan. 

p/s/s korang sarapan ape? cik zira makan bihun goreng dengan roti. sedap!!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 21 disember 2010 9.45 a.m.

8 comments:

loverbox said...

mcm model daa..hehe...

hazirah abdul rahman said...

tang mana yang nampak macam model tuh,, hehe

Balqish Uzir said...

npe x gitaw...leh teman kn...umah kite dkt je gan jusco tu....anyways tudung da smpai...thnks

hazirah abdul rahman said...

alala, mana tahu ada yang nak temankan,, hehe


bolehlah lain kali plak ea,,


dah sampai ye, ok, hope u like it dEar,, =)

B.E.L.L.A said...

kakak..
aah..bella mmg dak i4p..hehe
y slalu dok kt kaunter mami kt cafe tuh..hehe~

hazirah abdul rahman said...

la,
haah, bella, tu yang macam kenal
kita kan pernah borak2 kat tangga tu kan,,


ha, kenal2,,
thanx ye sudi lah bella nak jenguk blog MERAH kita ni,,

kem salam kat sume member2 tau,, =)

ZaffZahari said...

cantik2..
i do love RED to0..
:)

hazirah abdul rahman said...

hehe,,
thanx dEar,,
minat kita sama, MERAH!!,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails