SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, December 20, 2010

Quaker Oatmeal




assalamualaikum dan salam sejatera buat semuanya
di pagi hari isnin yang indah ni cik zira mahu bercerita pasal makanan lah, ape lagi kan, hehe
dan untuk entry hari ni cik zira nak cerita pasal Quaker Oatmeal, dah tajuk entry pun nama itu kan, mestilah pasal itu, takkan pasal mee rebus plak tiba-tiba kan,, ;)






2 minggu yang sudah, cik zira belilah quaker oatmeal yang sekilo tuh, harga tak silap RM 10 lebih dapat tupperware kecik dia satu warna purple
kengkonon dengan niat nak makan oat lah plak sebab semenjak ni asek makan banyak jek, rasa nak insaf lah lantas membeli oat






rasa macam lapar tapi tak nak makan nasi, cik zira akan makan oat ni
selalu cik zira akan makan dalam 5-7 sudu oat dicampur dengan susu pekat 1 sudu dan digaul dengan air panas
orang kalau makan oat untuk sarapan, cik zira bantai jek, rasa nak makan, cik zira makan
sedap tau, tambah susu jadikan dia manis, makan panas-panas tuh, alahai memang sedap
dahlah mudah je nak sediakan, lagipun oat ni memang banyak khasiatnya tau
kalau amalkan selalu, badan sihat je




ok, di bawah ni cik zira letakkan sikit khasiat oat ni yang cik zira petik dari Utusan Malaysia:



Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.

Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung. Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat! Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.

Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari. Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking Oatmeal dan Quaker Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan. 

Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus. Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai. Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.
Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.






ha korang, ape lagi, cepat-cepat pergi beli oat sekarang dan makan oat sebab memang sedap dan disamping itu ianya sangat berkhasiat.


oat yang cik zira makan selalu, memang sedap tau!





cik zira dah makan, korang bila lagi. jom!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 19 disember 2010 11.40 a.m.

3 comments:

Zuliana Harun said...

nana pun suka makan oat.. HAHA. bab makan mana yang tak suka... hehe.. tapi nana makan dengan susu ducth lady fullcream tu.. pun sedap juga.. try la sis.. :)

hazirah abdul rahman said...

oh, nana makan jugak ea,,
campur susu fullcream ye? kt tak pernah try lagi tuh, selalu campur susu pekat manis jek
nanti kt try tengok rasa dia macam mana ye
thanx for sharing ye nana dEar,, =)

Zuliana Harun said...

ur welcome sis.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails