SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, January 24, 2011

alhamdulillah, ini dinamakan rezeki untuk hujung tahun





semua sedia maklum yang cik zira buat tusyen bersama BFF di rumah atok ni. alhamdulillah, sambutan sangat memuaskan. sabtu minggu pertama lagi hari tuh dah mula tusyen. 






setakat ni, dah ada 11 orang budak tusyen. seorang budak Tahun 1, 4 orang Tahun 2, 4 orang Tingkatan 2 dan 2 orang Tingkatan 5. guru yang mengajar cik zira dan BFF.  cik zira aja english dan bm, BFF aja sains dan matematik. jadinya, kitorang buat jadual hari sabtu petang untuk sekolah rendah dan hari ahad pagi untuk sekolah menengah. setakat ni, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar tiada masalah.






cuma, katanya ada tambahan lagi 2 orang budak dajah 3 dengan dajah 6. kena tengok jadual cikgu-cikgu berdua ni, kalau ada masa lebih baru boleh masukkan lagi 2 orang. kena berbincang semula tengok macam mana.






alhamdulillah. bersyukur dengan rezeki Allah berikan ini. kena mengajar dengan baik dan simpan duit yang dapat tu untuk kegunaan hujung tahun nanti. sikit-sikit kan lama-lama jadi bukit, insya Allah.






dan dalam masa yang sama, selalu kena berikan yang terbaik untuk budak-budak SKTC. mengajar betul-betul dan bagi dorang faham apa yang dorang belajar dari teacher hazirah ni.






sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah,,, =)










~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 23 januari 2011 2.15 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails