dah masuk minggu keempat dah. tapi bukan main susah lagi bebudak tuh semua nak panggil cik zira teacher. ada yang masih nak kena ingatkan banyak-banyak kali.
24 januari 2011
bila bagi salam, jawab hujungnya cikgu, terus cik zira akan bagi salam lagi sekali sampai tak dengar bunyi cikgu di hujungnya itu. kalau nak tanya pape pun mesti nak cikgu. bukan apa, nak biasakan dorang panggil cik zira teacher.
bila dorang panggil cikgu juga, cik zira akan kata, "i am not your cikgu. i teach you english so please call me teacher."
dan semalam, nak aja semua yang memang rata-ratanya susah nak ingat panggil cik zira teacher, maka ada sorang budak panggil cikgu, dengan segala hormatnya telah mendapat orange sticker. yelah cik zira kan ada sistem sticker cik zira tuh. orange sticker as a punishment while the pink sticker as a reward. jadi, ramai takut kalau cik zira kata nak bagi stiker oren tu. semua nak kan stiker pink tapi bawu bape orang je dapat.
itulah, susah sangat kan nak panggil teacher. konpem budak yang dapat stiker oren tuh lepas ni akan ingat kena panggil cik zira teacher. budak-budak lain pun agak kalau tak nak dapat stiker oren, kenalah ingat dalam otak tuh, panggil teacher.
hari-hari pun cik zira akan ulang-ulang perkataan yang sama supaya dorang dapat biasakan dan dapat faham apa yang cik zira cakap. lama-lama nanti dorang pun pandai cakap ayat yang senang-senang tu.
takde apa cerita sangat semalam di sekolah. sibuk seperti biasa. balik rumah, tunggu azan maghrib, makan nasi ayam best bik ani masak. memang best.
hari ini nak tengok, ada tak sape-sape yang nak tersilap panggil lagi. kalau ada senang aje, stiker oren lah jawabnya,, ;)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 24 januari 2011 9.25 p.m.
No comments:
Post a Comment