inilah akibatnya kalau mengidam cucuk-cucuk di UUM tidak kesampaian. sape duk UUM mesti tahu cucuk-cucuk tuh ape kan? dibakar dan dicicah sos yang sangat sedap. aduhai, memang teringatlah sangat dekat cucuk-cucuk yang dulu selalu beli dekat DPP Proton.
jadi, tak dapat sama macam cucuk-cucuk kat UUM tuh, dapat hampir-hampir sama pun oraitlah kan. cik zira beli segala jenis frozen balls ni dekat giant je. dia boleh campur-campur. sekilo RM 16.99. setakat ni beli rebus jek dalam sup macam yong tau fu tuh, bik ani yang tolong buatkan pun. nak bakar macam dekat UUM tuh tak kesampaian lagi. takde masa nak main bakar-bakar.
lepas dah rebus tuh, angkat dan cicah dengan sos. sekarang ni cik zira cicah dengan sos cili hot n' sweet maggie. sedap jugak. dia macam rasa masam manis sikit. sedap sos ni. cik zira memang suka merasa sos ni. hari tuh beli sos thai tuh dah habis, ni yang try sos ni plak. sedap jugak.
makan bebola tuh cicah dengan sos maggie tuh. rasanya macam cik zira sorang je makan setengah kilo tuh dalam satu hari. betul lah. bawa bekal gi sekolah, malamnya pun makan lagi. tengoklah apa nak jadi dengan cik zira. bukan main dahsyat sekali. boleh makan sorang-sorang sebanyak tuh. isyh-isyh,,
habis tuh, orang lain kat rumah ni macam tak makan jek, cik zira pun makan jelah sesorang. ada lagi setengah kilo dalam fridge tuh ingat kalau ada masa, nak bakar plak,, hehe
tak dapat sos sedap macam dekat UUM tuh, sos maggie pun bolehlah,,
korang kalau nak buat yong tau fu ke, nak bakar-bakar ke, steamboat ke, cik zira cadang beli kat giant. boleh campur-campur. cik zira tengok kat tesco, dia dah peket-peket. takleh campur, harga mahal lagi dari giant. mana tahu kot nak beli ke, cik zira bagi cadanganlah kan.sekilo RM 16.99 kat giant tuh dapatlah banyak jugak macam-macam ada. buat steamboat makan sekeluarga pun dah kenyang.
ok, itu jelah entry makanan pada kali ni. rasa macam dah lama takde entry makanan, tu yang buat satu untuk petang ni tuh,, hehe
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 27 januari 2011 9.56 p.m.
No comments:
Post a Comment