salam sayang buat semua
terlebih dahulu terima kasih cik zira ucapkan sebab sudi menjengah dan membaca entry di blog MERAH kesayangan cik zira
orite, seperti biasa, slot pagi kisah cik zira di sekolah. apa kisah semalam ye? baca tajuk macam best jek tuh. ok, jomlah sama-sama baca cerita cik zira semalam hari khamis di sekolah.
semalam, cik zira pakai baju kebaya corak batik arwah mak dan kain labuh warna hitam + inner cotton + cotton shawl warna kelabu.
meeting pukul 12 lebih sampailah kul 1 lebih. lepas meeting terus berlari ke kelas 3 Jujur dan bagi dorang kerja. tahu dorang takkan boleh buat sebab 3J ni kena guide dorang betul-betul sebab dorang tak reti eja tak reti baca, nak fahamkan jauhlah sekali. tapi, oleh kerana masa tidak mengizinkan tinggal beberapa minit jek lagi sebelum habis waktu, maka cik zira bagi jelah dorang buat sebagai kerja rumah. hari ini cik zira akan bagi dorang jawapan dan baca sama-sama seperti biasa. masuk kelas 3J kejap, lepas bagi kerja terus solat zohor. wudhu dah amek siap-siap sebelum meeting.
kelas tak berhenti, tanpa rehat dari pukul 1 sampailah pukul 4.30. selalu cik zira akan curi masa 3J untuk solat zohor. itu sahaja masa yang ada.
lepas zohor, masuk terus kelas 2 Fadhilat, kelas sendiri. 1 masa sahaja tetapi ada banyak info nak disampaikan, maklumlah kelas sendiri ni kenalah jaga elok-elok kan. pape yang penting kena sampaikan. kelas kena bersihkan. jadi, mengajar macam biasa. tengah-tengah mengajar tuh, ternampaklah seorang budak perempuan yang namanya Hanis Hazirah, nama sama dengan cik zira tang hazirah tuh, dia boleh duduk diam je tak bawa buku. bukan nak bagi tahu. dahlah tak bawa buku lepas tu taknak bagi tahu, manalah cik zira tak hot. padahal dah pesan dah hari-hari kena bawa buku english sebab hari-hari ada english. memang geram betul lah time tuh kan. cik zira memang pantang kalau budak tak bawa buku. lepas tuh boleh diam jek, padahal dah pesan, tak bawa buku bagi tahu, cakap 'i'm sorry teacher, i don't bring my book'. dah pesan dah banyak kali. ha, mulalah cik zira angin. terus jerkah dia. tanya kenapa tak bawa buku. dia boleh diam je. tanya lagi, suara dah naik dah ni, terus menangis. aduhai. dahlah buat silap tak bawa buku, dah 3 kali tak silap dia tak bawa buku. mana lah cik zira tak geram. dia nangis, cik zira biarkan. teruskan mengajar. dah habis masa, suruh budak-budak lain kemas kelas, cik zira panggil budak nangis tuh ke depan, tanya dia elok-elok. lepas tuh suruh dia berhenti nangis. suruh dia balik buat kerja yang cik zira suruh. pesan kat dia jangan terlupa bawa buku dah. alasan terlupa tuh memang cik zira tak boleh terima sebab hari-hari pesan hari-hari kena bawa buku english. tengok, baik tak baik teacher hazirah ni, siap cakap elok-elok tau, tak denda pape pun padahal dia dah buat silap. sabar jelah,, huhu
habis masa dengan 2F, terus masuk 2E plak. seb bek kelas dekat je. masuk, mengajar macam biasa. mengajar benda yang sama aja 2F cuma banyakkan drill and practice. bagi contoh banyak-banyak. bagi dorang faham dan tahu macam mana nak jawab soalan yang diberi. bagi latihan. nak dekat rehat tuh, sume kena hantar buku. adalah budak perempuan sorang boleh tak siap padahal kawan-kawan lain boleh je siap. padahal cik zira dah siap bagi jawapan, ulang banyak-banyak kali sampai cik zira dah penat nak ulang. dia boleh tak siap. hot lah lagi sekali. suruh budak-budak lain beratur luar kelas dulu sebelum turun ke kantin. cik zira tunggu budak perempuan ni siapkan kerja dia. dia dah nangis-nangis. aduhai, sabar jelah. dia buat silap tak siap, dia plak nangis. patut cik zira ni nangis tau penat cakap banyak kali tapi tak siap. entah buat apa ntah budak ni. geram betul. malas nak tengok dia nangis, cik zira suruh je dia hantar buku dia tak siap tuh. suruh dia pergi beratur rehat.
makanya, semalam ada 2 budak perempuan buat salah menangis. cik zira memang tak suka. sebab seingat cik zira, cik zira pun tak suka nangis masa sekolah rendah dulu. ini tak, sikit-sikit nak nangis. geram betul lah. kalau kesalahan kecik takpelah, ini kesalahan yang memang buat cik zira geram tau.
isyh, taip entry ni pun boleh geram lagi bila ingat balik budak berdua tuh semalam.
geram betul!
lepas 2E, balik bilik guru jap letak barang dan amek barang untuk kelas last 3 Bijak plak. masuk terus dah haus sangat-sangat sebab tak minum pape pun lagi. minta tolong budak kelas tuh belikan air kat kantin. memang tak boleh tahan dah. dia pun belikan air tajuknya Plus. sedap jugak. harga RM 1.20. dahlah tengah haus sangat, terus minum depan dorang tapi cakap sorrylah sebab cik zira memang haus. dorang baru lepas rehat masa tu. aja dorang pun macam biasa. 3B semalam belajar vocabulary.
sedap air ni!!
habis je kelas kul 4.30 terus masuk bilik guru. kepenatan. lapar pun lapar. seb bek bawa bekal best. bawa bebola yang macam-macam jenis tuh selalu ada kat dalam yong tau fu cicah sos masam pedas maggie yang baru tuh dan bawa bekal nasi + asam pedas + terung masak cili + ikan goreng. peh, memang sedap. tapi, sambil makan bebola tuh sambil wat keje. makan bebola tuh sampai habis, kerja pun siapkan sampai habis. lepas tuh baru pergi solat asar. lepas solat asar cari sape-sape yang lapar ke nak makan nasi cik zira bawa tuh sebab dah kenyang makan bebola tuh banyak sangat. tapi sume takde, sume ada kelas. jadinya, nak tak nak, cik zira pun makanlah sampai habis,, huhu
oleh kerana dah makan kat sekolah, sampai rumah takdelah terus ke meja makan macam selalu. makan dah lewat, takdelah balik lapar sangat, hehe
patutnya semalam puasa, tapi malam sebelum tuh boleh lupa nak niat. dah tak puasalah. bila tak puasa, haruslah makan banyak kan,, ngee
itu sahaja kisah semalam. harap sangat dah takdelah budak asyik kerja nak nangis je, penat nak melayan. budak ni kalau nangis, memang cik zira tak layan. suruh berhenti nangis nak nangis jugak, memanglah cik zira buat tak tahu je. ingat air mata tuh boleh maafkan kesalahan dia ke? takde maknanya. salah tetap salah.
eh, emo dah balik
ok-ok, stop sekarang ye
terima kasih ye semua baca entry ini
bubbye
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 27 januari 2011 9.30 p.m.
No comments:
Post a Comment