salam sayang buat semua
sekejap je kan dah hari sabtu balik, masa betul-betul cepat berlalu, nanti pejam celik jek dah nak dekat hujung tahun, maksudnya kena buat persiapan awal-awal lah sebab masa memang selalu mencemburui,, huhu
okeh
bercakap pasal masa, semalam hari jumaat, gerak dari rumah ke sekolah pukul 1. zohor kan sekarang dah lewat, jadi sampai sekolah, solat zohor di sekolah. perjalanan perlahan sebab hujan turun lebat. lepas solat, berjumpa dengan Kak Zulaikha berbincang mengenai perjalanan program untuk hari Ahad ni. cik zira kena buat teks pengacara majlis memandangkan rakan sepengacara majlis taknak buat. biasalah kalau lelaki ni, semua kerja dia serahkan kat perempuan. tapi hanya segelintir sahaja ye, tak semua,, ;)
kelas mula 2.30, habis 6.15. jadi, ada masa sekejap sahaja cik zira makan bekal yang cik zira bawa iaitu roti whomeal 3 keping bersama rendang ayam sedap bik ani masak. sebelum pergi sekolah dah makan nasi dulu dekat rumah.
masuk kelas macam biasa. untuk 2E dan 2F tiada masalah. marah tegur sikit-sikit seperti selalu. tapi masuk kelas pertama waktu pertama dan kedua tu kelas 3J, alamak ai, asek nak kena jerit marah jek, bila dah tegas sikit baru otak dorang nak bergerak. cakap lembut-lembut memang otak dorang tido. sabar jelah. nak buat macam mana kan. mengajar kelas belakang-belakang ni cabaran dia memang hebat sikit.
kena relief kelas 3K, kelas paling hujung sekali. masuk sempat 15 minit jek tapi bagi dorang buat worksheet, baca sama-sama dengan dorang, bagi arahan mudah dalam bahasa inggeris dan dorang faham. alhamdulilah.
kiranya semalam tuh memang rasa macam kejap sangat duk sekolah sebab masa pendek dan takde masa nak rehat sangat. masa yang ada digunakan untuk siapkan kerja.
untuk kelas 2F, akhirnya tinggal hanya 2 orang daripada 43 orang yang belum jelaskan yuran. hari-hari cik zira kena ingatkan. harap-harap lagi 2 ni bolehlah jelaskan bayaran yuran secepat mungkin. tak nak pegang duit lama-lama. jadi pape nanti susah.
em, semalam rasa macam sekejap. hari ni pagi wat tusyen matematik tingkatan 2 sebab esok kan sekolah, jadi gantikan hari ni. petang tusyen dajah 2 dan dajah 1 macam biasa.
adat jadi cikgu kan, hari-hari mengajar. sambil mengajar pun sambil belajar jugak. betul kan?
oh, sebelum terlupa, ini gamba semalam...
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 28 januari 2011 9.23 p.m.
No comments:
Post a Comment