SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 13, 2011

keletihan





kasihan sangat dengan diri sendiri semalam di sekolah. inilah akibatnya jika sudah tahu mahu berpuasa tetapi malam itu tidak makan makanan untuk bekalan hari esok. dahlah memang tak bersahur, jadi malam jelah kena makan. tetapi sayang malam sebelum itu cik zira hanya melantak coklat yang cik zira cerita dalam entry petang semalam itu je. dan akibatnya sangat buruk. cik zira sangat tidak larat semalam. sudahlah mengangkat sebakul fail peribadi budak yang beratnya lebih dari 10 kilo seorang diri daripada kereta di parking sampailah ke meja di bilik guru. mahunya badan tak penat dan tak larat dengan keadaan puasa yang semalamnya tidak makan apa-apa.


ini dia muka teacher hazirah semalam. hijau + oren,, =)




dan semalam jugaklah menyaksikan Teacher Hazirah tidak agresif seperti selalu. kurang sangat tinggi suaranya kurang sangat naik anginnya sebab sangat tidak larat. tiba-tiba semalam jadi baik bukan main padahal hakikatnya dah memang tak larat sangat dah. slow je dalam kelas. masuk 4-4 kelas semalam pun baik jek, tak dengarlah sangat suara tinggi teacher hazirah. nak marah pun marah sikit je sebab tak larat jugak.






perut pun sakit, kena jalan pelan-pelan je sebab perut kosong sangat. lepas tuh satu kejadian tak diingini terjadi di kelas terakhir. cik zira duduk di kerusi, kemudian nak bangun ke papan hitam nak tulis, tiba-tiba gelap gelita sekejap, cuba bertahan dan memapah pada kerusi dan cuba duduk. rasanya hampir pitamlah tu. itulah, badan sebenarnya dah tak larat sangat. nasib baik boleh kawal diri. alhamdulillah tak jadi pape.






pulak tuh, lagi satu kejadian. dah habis kelas, nak balik bilik guru, boleh plak langgar dinding yang sebesar-besar dinding. padahal dah hari-hari lalu jalan yang sama tak pernah plak nak langgar dinding tuh. padan muka, sakit bahu dan badan kanan ni. terkejut pun iye. lepas langgar terus terdiam kejap. budak-budak pun mesti pelik, apa pasal lah cikgu ni boleh langgar dinding. dorang tengok jek. heran agaknya.






balik rumah semalam sampai awal. belum azan. sebaik azan minum air dan kemudian berbuka. makan pulut kuning dengan rendang ayam ada cikgu dapat bertukar sekolah bagi. makan dengan lauk bik ani masak.






kejadian keletihan berlaku semalam. tak nak dah jadi perkara yang sama sebab memang rasa tak larat sangat lah. oleh itu, pengajaran kepada diri sendiri, sila makan makanan secukupnya jika hari esok mahu berpuasa. dan mulai minggu depan akan berpuasa hari isnin dan khamis sahaja. cukuplah tu. dapat tiap-tiap minggu pun oklah kan. cik zira puasa untuk arwah mak. atok kata anak sendiri baik buatkan sebab mana tahu mak ada pernah teringgal puasa ke, bayarkanlah puasa untuk mak. jadi, cik zira takde hutang puasa pape lagi, boleh tolong bayarkan puasa untuk mak. insya Allah.






itu cerita semalam yang penuh dengan babak letih dan tak larat. harap hari ini berpuasa yang cergas seperti selalu. hari ini kelas penuh dari pukul 1 sampailah 4.30. kena curi masa untuk solat zohor.






ok semua, banyak kerja nak kena sambung ni. pukul 11.15 dah nak ke sekolah.
bye-bye semua!!!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 13 januari 2011 9.00 a.m.

6 comments:

Lyaa Suriany said...

sis
mkn ckp2 nnti
rsau tau

hazirah abdul rahman said...

haah dEar,, takut jugak semalam. seb bek takde pape,,


ok2, thanx lya sayang,,


semalam dah cukup kena marah dengan buah hati dah,,


takmo buat lagi,,huhu



thanx tau lya,, =)

emaduel said...

cik zira cik zira,
da tau nak puasa,sila isi perut dulu yer.nasib baik la tak pitam depan students.kalo tak,haru jadinya!

Zuliana Harun said...

sis... jaga diri elok2... :))

hazirah abdul rahman said...

emadueal :


itulah, selalu tak macam tuh,,huhu,,
haah, memang tahan, kalau pengsan depan students mahu semua menangis kang ingat teacher dorang mati,, hikhik

hazirah abdul rahman said...

zuliana harun :



orite nana dEar,, thanx tau,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails