SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 13, 2011

Konvo UUM pada 19 Februari





beberapa hari yang lepas, paan, member cohort cik zira telefon. niat dia nak bagi tahu pasal konvo kitorang yang tertangguh itu. yelah, sepatutnya konvo berlangsung pada 2 November tetapi disebabkan kejadian banjir teruk yang tidak dapat dielakkan, maka terpaksa ditunda.







dan tarikhnya ialah pada 19 februari nanti kalau tak silap yang diberitahu oleh paan. Anwar, leader kitorang awal-awal dah post dekat fesbuk. jadinya, untuk member yang tidak mempunya fesbuk seperti cik zira ni, orang-orang yang kesiankan cik zira pasti akan kol mahupun sms cik zira nak bagi tahu. terima kasih ya kawan-kawan sebab memahami cik zira yang tiada fesbuk mahupun twitter dan sebagainya ini. email dan blog sahaja tempat curahan perasaan. eceh eceh ceh ceh,,






19 Februari. mungkin bagi yang dipostingkan di belah-belah utara tiada masalah untuk datang berkonvo. tapi tidak mungkin bagi kami yang nun jauh di selatan ini. mustahil untuk pergi ke sintok untuk kali kedua.






jadi, buat rakan-rakan cohort yang akan ke sana, selamat bergraduasi ye. ingatlah kitorang yang tiada di situ nanti,, huhu






kalaulah pada 2 November itu jadi konvo dan dapat berkumpul semuanya, mesti best sangat-sangat. takpelah, ini semua yang terbaik yang diberikan oleh-Nya.






kalau nak tahu segala cerita pasal konvo cik zira yang duka itu, boleh KLIK SINI.






sekian sahaja info untuk rakan-rakan cohort yang mana tahu mungkin membaca blog MERAH cik zira ni. maklumlah cik zira kan tiada fesbuk. kenalah faham ye kalau dapat info lewat ibaratnya seperti di dalam kereta api di gerabak paling akhir. sedih bukan?






terima kasih.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 13 januari 2011 9.22 a.m.

2 comments:

erienz said...

la...kenapa cik zira x gi...sayang tu...

hazirah abdul rahman said...

jauhlah kak,susah nak ke sana dah, minta cuti dah susah, redha jela,, huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails