SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 20, 2011

Tips: hubungan jarak jauh





salam sayang semuanya






bagaimana hari cuti anda hari khamis ni? berjalan dengan baik semuanya? harap-harap begitulah ye. rumah atok ni ramai orang hari ni. tapi dah balik sebab esok kan sekolah. tinggal kitorang jelah kat rumah ni macam biasa balik.






em,,
malam ni apa kata cik zira kongsi Tips lagi ea. dan Tips kali ini ialah Tips: hubungan jarak jauh.






macam yang cik zira bagi tahu, Buah Hati cik zira orang Penang. cik zira pulak orang JB. macam lagu 'kekanda adinda' tu, kan ada liriknya, "kanda polar kutub utara, dinda kutub selatan"
ibaratnya kitorang pun macam itulah. sorang nun Utara sorang plak nun di selatan ni ha


buah hati : Penang


cik zira : JB




selalu best jek tengok pasangan yang duduk dekat, hari-hari boleh jumpa bila rasa nak jumpa. tapi cik zira dengan buah hati jauh, tak boleh jumpa. last jumpa hari tuh masa konvo yang tak jadi tuh, awal bulan november. sehinggalah sekarang tak jumpa pun lagi. nak buat macam mana kan, jauh.






tapi, insya Allah, bila ada je cuti sekolah kena jumpa sebab perlu berbincang untuk hujung tahun ini. masa cuti sekolah jelah masa yang ada untuk berbincang dan menyelesaikan perkara penting bersama.






cik zira tahu ada yang senasib dengan cik zira kan? mesti ramai. dan masing-masing ada cara tersendiri untuk menghilangkan rindu. yelah, bukan selalu dapat jumpa.






tapi, bagi cik zira dan buah hati, kitorang pasti akan telefon satu sama lain, setiap hari. berbual dan bercerita. sms mms setiap hari. lepas tuh selalu ingatkan diri masing-masing supaya bersabar sebab ini dah namanya jodoh, orang Penang bertemu orang JB, bukan dekat tau, jauh. jadi, sama-sama kena sabar. ada peluang untuk berjumpa, luangkan masa bersama sebaik mungkin.






takpelah, semua ni kan dikira macam cabaran dalam perhubungan. yang penting, walaupun jauh mesti kena selalu dekat di hati dan selalu dalam ingatan.





lagipun kalau selesai hujung tahun ni pun kitorang tak dijamin dapat bersama jugak sebab bukan senang cik zira nak tukar sekolah. amek masa jugak. jadi kena biasakan diri daripada sekarang hidup berjauhan. ada rezeki nanti, barulah dapat bersama, insya Allah.






jadi, tak kiralah dekat mahupun jauh, yang penting, saling percaya dan memahami antara satu sama lain k. ada sebarang masalah pun dikongsi bersama. yelah, kalau dulu suka sangat nak bersendiri, tapi sekarang bila dah ada buah hati, kena fikir buah hati sama, bukan fikir diri sendiri je macam dulu.






itu jelah pun nak dikongsi sebab rasanya kalau yang mengalami keadaan yang sama macam cik zira, faham bagaimana rasanya hidup berjauhan ni. tapi, kalau masing-masing kuat dan utamakan kerja, insya Allah takde apa-apa masalah yang timbul sebab akhirnya, tujuan yang satu itu akan cuba dicapai sehingga menjadi kenyataan.






kepada semua yang berkasih, cik zira doakan semoga hubungan korang kekal selamanya. begitu juga dengan cik zira dan buah hati. AMIN,,,








~sekian~








 
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 20 januari 2011 12.52 p.m.

2 comments:

izzatulshazni said...

kami senegeri tapi buah hati jauh kt JB.sedih jugak.tapi dugaan.kalau dekat2x pun,bosan jugak kot kalau ngadap muke sme.hehe.
hope cik zira n buah hati kekal smpai bila2x.amin :)

hazirah abdul rahman said...

oloh2, kat JB plak ea,, sian shazni,, saba k,,



eh, tapi kalau dah nama buah hati, mana boleh bosan kan, nanti nak duduk sama jugak hari2,, ngee



kita pun doakan kamu kekal dengan sayang kamu ye,, AMIN,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails