SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, February 10, 2011

alang-alang membeli buku biar sampai membeli makanan





selamat petang buat semua
assalamualaikum






tajuk cik zira alter sikit daripada pepatah 'alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'






ini cerita malam semalam. lepas maghrib cik zira pergi jusco sebab nak pergi beli buku dekat kedai buku Harris tu. sambil nak hantar sekali tudung dekat Kak Nor di HSI






dalam kereta memang dah berangan nak beli makanan dekat dalam Jusco tu. jadi, lepas bayar buku terus kaki melangkah pantas masuk ke jusco. bayangkan kedai Harris tuh hujung sini terus ke Jusco yang hujung sana nun. sanggup-sanggup. nasib baik parking kereta dekat tengah-tengah. mengambil langkah bijak,, hehe






sampai jusco jek terus ke tempat sushi. dah tinggal sikit jek. ada 20% off. cik zira pun ameklah yang RM6.88 tuh macam biasa. lepas tuh amek ais krim sherbet magnolia, sebab Buah Hati kata sedap. amek perisa oren. kemudian nak beli air yogurt Nestle, tapi tahulah kan, kat jusco mahal. tak jadi terus. terus amek jus yang 2 botol empat ringgit lebih tuh. peris oren dan perisa epal. nak bayar dah, sekali tengok ada makanan macam sedap jek. nama dia Okonamiyaki. harga dia RM 4.99, terus amek nak rasa. panas lagi tuh. 


 jus buah epal dan oren - RM 4++

 ais krim sherbet magnolia - RM 2.50

 sushi - RM 6.88 ada less 20%, kiralah sendiri ye,, ;)

okonamiyaki - RM 4.99




bayarlah kat kaunter. semua sekali RM17++. puas hati terus bayar parking yang tak kena caj pun sebab tak sampai sejam. masuk kereta nak makan ais krim. tapi sayangnya ais krim dah cair. dah tak sedap sangat. orang yang kat kaunter tu lah boleh masukkan ais krim satu plastik dengan okonamiyaki tuh yang tengah panas. memanglah ais krim cair jawabnya,, huhu






terus makan ais krim tuh laju-laju. dah tak rasa sangat sedapnya,, =(







lapa tengok sushi dengan okonamiyaki tuh tapi bersabar. tunggu sampai rumah. pergi hantar tudung dulu dekat kuarters HSI. 






sampai rumah terus solat isyak dulu. lepas solat baru makan. YUMMYY!!






cepat-cepat makan okonamiyaki tuh dulu. nak rasa apa bendalah makanan itu. rasanya sama macam takoyaki yang cik zira selalu beli tu. cuma, takoyaki bulat-bulat. okonamiyaki ni dia buat macam lempeng. sedap. cik zira makan sampai habis. lepas habis, sambung habiskan sushi plak. memang lepas makan tuh, terbongkang sekejap atas kerusi sebab kekenyangan.






inilah yang cik zira katakan, 'alang-alang membeli buku biar sampai membeli makanan'. alang-alang dah beli, biar makan sampai habis, sampai kenyang,, ^________*







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 10 februari 2011 8.50 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails