salam sayang buat semuanya
semalam cik zira pergi sekolah pakai baju kurung hijau dan sarung tudung ariani warna hitam. senang, hehe
pagi kat rumah kan dah balun nasi lemak dengan karipap sardin. jadinya pergi sekolah bawa bekal bihun soto. sampai sekolah terus makan sebab lapar lagi. aduhai lah perut ini. kerjanya asek lapa je ye.
ada mesyuarat semalam tapi cik zira tak masuk mesyuarat sebab kena bertugas jaga budak-budak. jadi tak tahu sangatlah mesyuarat semalam pasal apa keseluruhannya. tahu sikit-sikit sahaja lepas tanya akak-akak yang masuk meeting.
mengajar semalam macam biasa. dah ada gurauan dan senyuman semula. kecuali yang isnin tuh jek takde mood dan muka memang masam mencuka. lepas isnin semuanya back to normal,, =)
masa kena jaga perpustakaan, maklumlah kena jadi AJK Perpustakaan ni, hari isnin sampai rabu kena bertugas, jadi masa masuk library terus perut lapar lagi. panggil pengawas pustaka sorang, upah dia 60 sen, minta tolong dia belikan keropok lekor dengan air. tapi keropok lekor takde, dia gantikan dengan nuget 3 keping dengan milo ais. bagus betul budak tu,, ;)
balik rumah pun makan lagi sebab memang lapar sangatlah semalam. entahlah kenapa. malam pun makan lagi balik jusco beli buku. memang makan makan jek semalam. nasib baik hari ni puasa. berehat sekejaplah perut ni,, =)
eh, jangan lupa singgah ...REDshop... untuk lihat-lihat Tudung CT Manik ye. cantik tau!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 10 februari 2011 8.33 a.m.
No comments:
Post a Comment