ini entry informasi.
ada kan cik zira kata nak buat entry cerita pasal 3 hotel yang terdapat di kawasan danga bay. jadi, kalau tak tahu nak stay mana dan nak duduk di hotel yang rate nya bermula dari RM78 dan RM120++ untuk satu malam, kat danga bay ni kira selesa dan ok lah untuk bermalam.
cik zira nasihatkan, janganlah duduk hotel yang kata hotel bajet dan hotel murah ke, memang tak selesa. kotor. jadi, cik zira nasihatkan pergi kat danga bay ni, ada 3 hotel yang memang selesa. itu pun kalau tanak bazir duit duduk semalam sampai RM200 cenggitulah. ini cadangan cik zira.
kalau duduk dekat hotel di danga bay ni, senang nak kemana-mana. dekat dah kalau nak jalan di danga bay tuh. lepas tuh nak ke angsana pun dekat sangat, nak ke bandar pun dekat je. jadi, mudah.
cik zira sebutkan ea apa 3 hotel yang ada di danga bay tu. cik zira susun ikut cik zira rasa best bila dah tanya 3-3 hotel tuh k.
- Zoom In Hotel
- Kozi Hotel
- Tunehotels ( mahal sikit dari yang 2 kat atas tuh tapi bilik memang besar )
dan untuk pengetahuan, kalau Tunehotels, dia letak harga bilik lain, lepas tuh benda-benda lain macam air cond, tuala pe sume tuh kena tambah harga lain. jadi, gedebak-gedebuk mahal jugaklah. kalau macam zoom inn hotel dengan kozi hotel semua dah termasuk. tiada charge sampingan.
salah satu bilik di Zoom Inn Boutique Hotel
Kozi Hotel
Tunehotels
cik zira rasa lah, yang paling ok zoom in hotel. harga sekarang tengah promosi RM20. lepas tuh kalau nak check out lambat kena tambah RM 10 untuk sejam. dia punya bilik pun cantik. uniklah design dia. lain dari lain lah.
jadi, kalau nak tahu lebih lanjut pasal hotel-hotel ni, cik zira sediakan link, korang klik je k.
yelah, kadang-kadang ada yang datang bercuti untuk 1-2 hari je. nak cari bilik nak tido tak tahu kat mana, jadi ketiga-tiga hotel ni memang sesuai lah untuk bermalam. selesa.
tapi ini cadangan kalau nak bajet dalam RM 80 ke RM 100++ je k. kalau nak hotel yang beratus-ratus satu malam memang banyaklah kat jb ni. tapi manalah tahu kalau nak sekadar bermalam je kan.
cik zira nak terang lebih-lebih pun sebab baru sekadar bertanya harga dan tengok kawasan luar hotel jek. tak masuk bilik satu-satu. jadi, nak lebih senang, korang boleh klik kat link cik zira bagi tuh untuk tahu dengan lebih lanjut tentang ketiga-tiga hotel yang disebutkan k.
sekian sahaja entry berinformasi untuk kali ini.
terima kasih.
** gamba kredit kepada ketiga-tiga hotel.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 1 februari 2011 3.04 p.m.
4 comments:
Salam, terima kasih atas info akak, slps bc mklmt akak terus sy booking kozi hotel, harganya mmg berpatutan. Sy cuma nk tny akak, sy tgk gmbr2 zoom in hotel tu - tandas dlm bilik mmg terbuka ye, takde pintu ke?.
Salam, thanks utk info akak, lps sy buka blog akak terus sy tmph kozi hotel. Satu je yg sy musykil; zoom in hotel punya tandas dlm bilik terbuka ye? Mcm takde pintu je bila tgk gmbr. Tu yg tak jd pilih hotel tu.
Tq akak .. sya rsa infomasi akak sngt baik . Sya cuti bercuti mana2 tmpat . Kini hotel yg akak infokan berguna untuk sya .
Ada pintu. . Pintu kaca.
Post a Comment