SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, February 9, 2011

Mamee Hailam





cik zira adalah sangat suka kalau lapar malam-malam pergi goreng magi. sama ada goreng kering atau pun berkuah atau lebih tepat cik zira namakan masakan cik zira itu dengan nama MAMEE HAILAM. sebab apa? sebab guna MAMEE. kalau guna maggie namanya tukar jadi maggie hailam lah,, hehe





bahan-bahan yang mudah dan cara yang sangat mudah sekali.




MAMEE HAILAM




bahan-bahannya :

  • MAMEE kari berapi (terpulang nak guna apa pun, janji magi)
  • perencah MAMEE kari berapi
  • air secukupnya (kalau hailam, air kena banyak daripada goreng)
  • isi ayam atau lain-lain (yang ni cik zira guna ayam masak paprik ada lauk lebih)
  • bawang putih
  • bawang besar
  • cili padi
  • sos tiram
  • sos cili
  • sos tomato
  • kicap
  • serbuk lada hitam & serbuk lada putih





cara-caranya :


  1. tumiskan bawang putih + cili padi + bawang besar sehingga garing dan naik bau
  2. masukkan perencah MAMEE kari berapi. cik zira guna 2 bungkus mamee, jadi perencah jangan tuang semua, tuangkan 1 setengah je daripada 2 bungkus perencah tu. goreng sehingga garing.
  3. tuangkan sedikit air. bagi air dan perencah juga bahan tumis tadi mereneh sebentar.
  4. tuangkan sos tiram + sos cili + sos tomato + kicap + serbuk lada putih dan serbuk lada hitam. gaulkan kesemua sekali sehingga sebati dan pekat. tak perlu masuk garam kerana perencah tadi sudah masin.
  5. bila sos sudah pekat, masukkan lebihan air dan perlu letak air yang cukup jika mahu jadikan hailam. jadi, lebihkan air tetapi pastikan kuahnya akan tetap pekat. kena pandai-pandai ye.
  6. renehkan kuah sebentar dan kemudian masukkan MAMEE tadi. biarkan dia kembang.
  7. bila MAMEE sudah kembang, gaulkan dan kacaukan dia bersama kuah. masukkan isi ayam dan gaulkan.
  8. sudah siap dan boleh dihidang dan makan panas-panas.





memang sedaplah makan. berselera tengok chenta hati 1 pun makan laju jek. cik zira pun dah lama tak masak magi ni, makan pun memang menikmati betul-betul. lagipun masa tanya tu pun chenta hati 1 siap cakap, "jira masak magi yang kuah dia pekat-pekat tuh tau, tanak yang kering."
hamboi, siap ada request lagi tu. dapat lah dia makan.



1 untuk cik zira dan 1 lagi untuk chenta hati 1





selain nasi goreng, korang boleh buat mamee hailam ni kalau malam-malam korang lapar. tapi jangan selalu k sebab makan magi tak bagus untuk kesihatan. sekali-sekala takpe k.






selamat mencuba!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 8 februari 2011 8.38 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails