SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, February 9, 2011

selasa, 8 februari 2011





baru balik dari pasar larkin dengan bik ani, isi minyak kereta dan pos tudung sekali
sekarang update blog sambil makan karipap sardin kegemaran dan lepas siap update blog nak makan nasi lemak comel dan sedap,, hehe






macam mana ye hari cik zira semalam di sekolah? kalau hari isnin moody je, tapi alhamdulillah, semalam dah ok seperti biasa. sibuk jugak sebab ada budak baru masuk dalam kelas. murid kelas cik zira 2F sekarang dah 44 orang semua sekali. semalam susun meja balik bagi cukup kedudukan 44 orang. tapi rasanya susunan meja tuh tak berapa selesa, macam kena susun lain balik. tengok hari ni macam mana.






semalam sampai sekolah awal sebab gerak dari umah pun awal kul 11. minggu ni kan cik zira kena bertugas. sampai terus makan bekal sebab lapar sangat. nanti takde masa pulak nak makan. masa rehat guna untuk solat. makanlah bekal bik ani masakkan sampai habis sambil baca buku cerita dalam bilik SAC sorang-sorang. bawa bekal nasi + sayur + ikan masak lemak cili api. sedap. masih panas lagi masa makan tuh. licin habis cik zira makan. yelah, nak buat tenaga untuk mengajar.







semalam semuanya berjalan lancar dan mood pun dah ceria kembali. hari ni pun harap begitu juga.






oklah, dah lapar ni. nak makan nasi lemak. karipap sardin dah makan 2 biji dah,, ;)








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 9 februari 2011 9.18 a.m.

2 comments:

adilah said...

Selamat pagi cikgu !!! (He he teringat citer ipin & upin)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

selamat pagi murid-murid,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails