ini entry berikutan daripada ENTRY INI.
cerita pasal Tutti Frutti sudah pun selamat diceritakan dalam entry sebelum ini. entry ini nak cerita pasal Big Apple pula, yang cik zira mengidam sama macam mengidam Tutti Frutti. cuma Big Apple dah banyak kali makan, Tutti Frutti tak pernah makan lagi.
apabila mendapat makanan yang diidamkan, perasaan tuh seronok tak terkata tau. rasa macam syurga jek. sebab tuh siap buat entry kat blog ni lagi tau,, ngee
hari tuh kan keluar dating dengan chenta hati 2. terus pergi Tesco Plentong dulu nak beli Big Apple. lepas tuh baru ke Kebun Teh makan Tutti Frutti. untuk pengetahuan korang, Big Apple dekat JB ni ada 2 sahaja iaitu di Tesco Plentong dan Jusco Bukit Indah. Jusco Bukit Indah dah jauh dari rumah atok ni. Tesco Plentong walaupun jauh bolehlah jugak nak ke sana.
jadi, cik zira terus bawa chenta hati 2 ke Tesco Plentong. dan yay!! chenta hati 2 belanja Big Apple tuh. padahal dah agak pun memang nak suruh dia belanja,, hehe
chenta hati 2 belanja Big Apple, cik zira belanja Tutti Frutti.
kitorang beli yang set 12 biji harganya RM 23 tu. kalau beli 6 sikit sangat. jadi amek yang 12. sama-sama pilih. dan semua yang kitorang pilih kan semuanya berasaskan cheese dan coklat. takde pun kaler warna warni kalau tengok dalam kotak tuh.
dapat pegang jek plastik Big Apple tuh memang senyum lebarlah cik zira keluar dari Tesco Plentong tuh. dapat jugak makan Big Apple. sanggup tuh pergi Tesco Plentong semata-mata nak beli Big Apple je,, =)
tapi beli bawa balik rumah. sebab nak pergi makan Tutti Frutti dulu.
sampai rumah jek dengan tak menyempat dah makan Big Apple. haruslah makan yang kesukaan dulu. Makan say cheese. chenta hati 2 pun makan tu dulu. lepas tuh letak atas meja. sape-sape nak makan, makan jek. cik zira makan donut tuh tak silap 3 keping. tak tahulah chenta hati 2 makan berapa. tapi tak dapat alien sebab dah ada orang makan,, huhu
pendek kata, happy dan sangat happy sebab dah dapat makan Tutti Frutti dan Big Apple yang cik zira idamkan minggu lepas tu. dapat makan pulak tuh hari yang sama. bergandalah happy nya ye tak.
di kesempatan ini cik zira aka kakak MERAH ingin berterima kasih kepada chenta hati 2 yang sudi menemani kakak MERAH nya ini untuk mencapai hasrat nak makan keduanya itu. yap memang sporting!
tengoklah muka orang puas dapat Big Apple tuh,, ;)
rasanya lama plak lah baru nak mengidam makan Big Apple balik. tapi harap-harap lepas ni kalau nak mengidam pun, mengidamlah makanan yang senang nak dapat. takdelah kena tunggu bape hari baru dapat makan.
dah. sekarang jangan duduk termenung sorang-sorang. kang ada je makanan nak mengidam. cukup lah tu hazirah k. nak mengidam pun tunggu gaji seterusnya masuk plak.. ^________*
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 6 februari 2011 7.55 p.m.
4 comments:
huuuu.. sedapnya.. puas dapat makan macam tu. :D
memang sangat-sangat puas,, ;)
Slm zira,kak sllu gak snggah blog zira n dah lama dah jdi follower..Lawak baca n3 tuti Frutti n epal besaq nih,Tula kan klw trngin nak mkn sesuatu tu msti xsbar2 kan,emm kalu dah dpt mmg puas n happy la kan..
salam kak,
haah, betul tuh, kt memang kalau mengidam macam susah sangat nak dapat. tu yang bila dah dapat, siap wat entry khas tu,,
terima kasih kak ye selalu singgah blog kt,, =)
Post a Comment