Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

CIK ZIRA DI SINI JUGAK!!


keek : ierazira27
instagram : hazirah27
youtube : ierazirared
whatsapp/viber/tango : 012-7962386

Tuesday, February 8, 2011

Tutti Frutti.



(entry ini berikutan daripada ENTRY INI)






dua makanan yang cik zira idamkan, Big Apple dan Tutti Frutti. 2-2 dapat makan dan pada hari yang sama. manalah tak seronok. yelah, cik zira kan jenis kalau nak apa, akan dapatkan walau dengan apa cara sekalipun. jadi, bila dah dapat makan apa yang diinginkan tu, memang seronok sangatlah. sampaikan kena buat entry asing-asing, 1 entry khas untuk Tutti Frutti dan 1 entry lagi khas untuk Big Apple,, ^______*






cik zira dan chenta hati 2 ke Tutti Frutti di Kebun Teh lepas beli Big Apple dekat Tesco Plentong. bukan men jauh, semata-mata nak dapatkan apa yang diidamkan. isyh-isyh.









masa kitorang sampai, ada pakcik makcik suami isteri 2 pasang maksudnya 4 orang sedang makan frozen yogurt tuh. cayalah, pakcik makcik pun makan tutti frutti tau. jangan main-main.






ini kali pertama cik zira dan juga chenta hati 2 makan tutti frutti. tapi bukan kali pertama buat cik zira makan frozen yogurt sebab pernah makan yang JCO dengan Papparich punya. chenta hati 2 memang sebelum ni tak pernah makan lagi frozen yogurt. ha, sekarang dia dah makan, dia dah tahu lah. kakak MERAH dia ni yang aja. chenta hati 2 memang kaki makan macam cik zira. tapi kalau chenta hati 1 tu cerewet sikit bab makan, banyak makanan yang dia tak makan. sayang betul.






masuk-masuk terus masing-masing amek cup hijau. lepas tuh kena pilih perisa frozen yogurt tuh. ada 8 perisa tak silap. semuanya self-service. cik zira amek perisa green apple, chenta hati 2 amek perisa keladi. lepas dah isi yogurt, terus beralih ke bahagian topping. cik zira macam biasa akan amek topping yang rasa manis dan coklat sebab nak lawankan dengan yogurt yang rasa masam tu. 






harga tutti frutti?
100 gram harga dia RM5.30. jadi, lepas dah isi topping, letak atas penimbang dan timbang. berat yogurt masing-masing sama. total makan tutti frutti untuk 2 orang hari tuh ialah RM 25.40. kira satu tuh dalam dua belas ringgit lebihlah. tutti frutti cik zira belanja sebab chenta hati 2 dah belanja Big Apple.



 chenta hati 2's

cik zira's




masa kitorang duduk makan, pakcik makcik tadi pun balik. jadi dalam kedai tuh cik zira dan chenta hati 2 jek ada. tapi tak lama lepas tuh ada jugak orang datang. tapi semuanya beli dan bawa balik. masa nak balik ada satu keluarga tuh baru sampai dan makan di situ.









dekat Johor Bahru ni, Tutti Frutti baru ada satu cawangan dekat Kebun Teh tu. yang terbaru tak silap dekat Skudai nanti akan dibuka. nasib baik dekat jek Kebun Teh tu. agak-agak rasa mengidam tutti frutti, boleh jelah pergi. tapi rasanya dah susah lah nak mengidam sebab kalau makan selalu pun baik makan JCOOL yogurt jelah sebab tutti frutti harga dia mahal lagi. tapi yang bestnya dia ada macam-macam perasa untuk yogurt dia. kalau dekat JCO tuh yogurt dia perasa natural.



 

























akhirnya, bukan cik zira jek dapat makan tutti frutti, dengan chenta hati 2 sekali pun dapat merasa makan frozen yogurt tuh. dia suka makan jugak tapi dia kata sekali sekala bolehlah. selalu-selalu tuh nanti tak cukup plak duit,, hehe
yelah kan, makan semangkuk tutti frutti tu boleh beli nasi bungkus 3 bungkus tau,, ;)











apa pun sangat puas hati akhirnya dapat makan. dah tak mengidam lagi dah. kalau mengidam jugak, pergi KSL makan yogurt JCO jelah. takde masalah, 2-2 dekat dengan rumah,, =)






ha, macam mana? ada tak sesiapa yang mengidam jugak lepas baca entry cik zira ni? kalau cik zira dah makan tutti frutti ni, korang bila lagi? cuba tau,,,






terima kasih







~sekian~




 k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 6 februari 2011 5.20 p.m.

2 comments:

:: Dhiya :: said...

teringinnya nak makan tutti fruitti!

hazirah abdul rahman said...

tryla makan,,, sedap tau,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails