salam sayang semuanya
semalam memulakan persekolahan setelah bercuti dengan serba MERAH. yelah, semangat nak ke sekolah macam kureng sikit, jadi cubalah pakai MERAH kot-kotlah boleh baik sikit semangat tu kan. tapi rupanya tidak. tidak sama sekali,, hoho
tak tahulah kenapa sejak malam sebelumnya, paginya tuh, memang rasa tak best je. sampai sekolah pun rasa takde semangat. lepas tuh sampai, cikgu-cikgu semua borak pasal kisah cuti dorang. semua pergi berjalan dengan keluarga pergi tempat best-best. cik zira? diam jelah sebab tak pergi mana. duk rumah je,, =(
kak rahida bagi cik zira coklat. dia pergi langkawi bercuti dengan anak-anak dia. siap gi scuba diving lagi. seronok kak ida,, =)
thanx ye kak ida bagi kt coklat,,
lepas tuh, semalam ada 3 kelas. masuk 3-3 kelas memang takde senyuman langsung dekat muka cik zira ni. takde gurauan langsung. entah lah kenapa. kesian budak-budak tengok teacher hazirah dorang mesti takut. pulak tuh boleh buat salah semuanya walaupun dah ulang-ulang ajar banyak kali. manalah lagi tak geram kan. tapi, anak-anakku tersayang, maafkan teacher ye. memang semalam takde mood,, huhu
minggu ni minggu cik zira bertugas. setiap guru akan bertugas 5 kali iaitu 5 minggu dalam setahun. ini kira minggu pertama cik zira lah. minggu seterusnya bulan april nanti. jadinya, semalam bertugas masa dekat perhimpunan. boleh plak ada 2 orang budak terkencing dalam seluar. aduhai. sorang budak perempuan dajah 1. sorang lagi pengawas lelaki dajah 2. dah tahu nak kencing sangat, tak payahlah tahan-tahan patutnya, teruslah pergi toilet. bagi tahu cik zira pulak tuh. cik zira jawab senang je, basahlah macam tuh balik. habis tu nak buat apa kan, dah memang nak dekat balik je. mana sempat nak salin ke apa. sabar jelah.
semalam puasa. balik semalam sampai awal jugak. magrib pun dah lewat kan. tunggulah atas meja makan menghadap makanan yang best. buka puasa dengan nasi + sup ayam + ayam masak paprik + sayur kacang panjang goreng kicap dengan soo hoon. sedap, memang sedap. air plak minum air kotak blackcurrant.
malam lapar kul 10 tuh, leh plak masak. chenta hati 1 pun lapar. ha, bagus. 2-2 melantak mamee hailam semalam. nanti cik zira aja macam mana nak buat ea. senang je.
begitulah cerita ringkas pasal semalam. (ringkas ke?ngee)
harap-harap hari ini tak lah moody macam semalam. nak ok-ok je. masa rehat kena bertugas dekat library, lepas tuh kena bertugas kat dewan. kalaulah badan ni boleh dibahagi 2 kan,,, huhu
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 8 februari 2011 8.21 a.m.
No comments:
Post a Comment