salam sayang wahai pembaca blog MERAH sekelian,
entry pagi kebiasaannya cik zira akan bercerita pasal sekolah. apa yang terjadi di sekolah semalamnya. maklumlah, cik zira kan cikgu. mestilah nak berkongsi dan bercerita pasal diri cik zira ni sebagai cikgu. sebab tu buat yang baru di blog MERAH ni, tiap-tiap pagi korang akan baca entry pasal sekolah k.
semalam cik zira puasa tapi macam agak penat sikitlah. tapi dalam kelas tetap bertenaga,, hee
isnin, 21 februari 2011
kerja macam biasalah, banyak tiap-tiap hari sama je. tapi semalam best sebab dapat setelkan buku-buku untuk 3 kelas dan dihantar untuk semakan. hari ini tinggal 1 kelas lagi, 3J sebab semalam takde kelas dengan 3J. kalau dapat setelkan hari ni pun dah selesailah pasal pemantauan buku. insya Allah cuba selesaikan hari ni.
masuk kelas 3B semalam bagi dorang jawab soalan dan bina ayat. nak latih budak-budak tu jawab soalan dalam jawapan penuh dan nak latih dorang macam mana nak guna grammar yang betul. lepas tu yang bina ayat tu cik zira suruh buat homework sape yang tak sempat siap. hari ni nanti kena semak kerja rumah tu.
kelas 2E dan 2F masih mengajar tajuk counting. pasal nombor. seronok dorang sebab teacher hazirah ni rajin suruh dorang mengira pakai jari. takde kerja rumah cuma sape yang tak datang hari sabtu je cik zira suruh siapkan kerja dorang. yang datang hari sabtu takde homework.
semalam dapat rehat sikitlah sebab kelas 3 je, 6 masa. hari ni kelas penuh, 8 masa. masa rehat untuk solat je. lepas tu nak kena ready nak masuk kelas seterusnya. masa rehat budak kena jaga perpustakaan. budak-budak nak pinjam dengan pulang buku. cik zira bertugas dekat perpustakaan isnin sampai rabu.
hari ni pagi nak kena semak balik soalan ujian Mac yang cik zira sediakan. rasa dah ok dah boleh print dah sebab semalam dah bagi ketua panitia semak dia kata ok. harap-harap dah tak salah. skema jawapan pun kena buat yang baru sebab ada perubahan pada soalan. kalau selesai pasal kertas ujian ni, selesai satu perkara lagi.
tak boleh ngadap blog lelama sebab kerja sekolah banyak nak kena siapkan ni.
k semua, jaga diri baik-baik tau,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 22 februari 2011 7.53 a.m.
No comments:
Post a Comment