SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, February 22, 2011

twisties





orang yang suka makan macam cik zira ni memang suka makan macam-macam. jajan pun cik zira suka tau. keropok-keropok ke, gula-gula ke, coklat-coklat ke, memang semua suka sebab tuh taip pun semua nak kata ganda sebab maksudnya suka sangat-sangatlah tu mengalahkan bebudak.






dan memang dari dulu, kecik-kecik suka makan keropok. salah satu keropok kegemaran dan kira yang paling suka memang twisties lah. kalau pergi kedai ke, mesti amek twiesties dulu. kalau nak naik bas pun sama. dulu duduk maktab pun mesti beli nak makan kunyah-kunyah dalam bilik,, hehe






perisa kegemaran cik zira mestilah BBQ. tapi yang lain tuh semua pun cik zira telan je,,, hehe






dan semalam, masa buka puasa dalam kereta sebab tak sempat sampai rumah, cik zira makan twisties chipster perisa flaming BBQ yang buah hati tinggalkan dalam kereta. wah, sedap! harga dia dalam RM 2.50 macam tu. memang sedap potato chips dia. rangup betul. perisa flaming BBQ ni pun memang kesukaan cik zira lah. 


picture credit to redtick!




twisties chipster ni ada macam-macam perisalah macam biasa. ada original, hot & spicy, flaming BBQ ni dan lain-lain. korang cari jek kat supermarket. mesti ada. 






tapi, cik zira tetap suka twisties yang biasa tu. dari dulu sampai sekarang suka makan. yang warna coklat perisa BBQ. dulu kini dan selamanya lah kiranya,, hehe


picture credit to fitness malaysia




tapi, ingat ye. jajan-jajan ni tak boleh makan selalu. sekali sekala bolehlah. tak elok untuk kesihatan tau. nak makan boleh, tapi sebulan sekali ke, eh atau 2 minggu sekali ke oklah. atau kalau teringin sangat nak makan lepas baca entry ni ke, boleh jugak,, ;)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 22 februari 2011 8.26 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails