SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, February 19, 2011

semalam, Jumaat 18 Februari 2011





salam sayang dan salam sabtu buat semuanya,






semalam pagi menyiapkan kerja di depan laptop. siapkan mana yang sempat. pukul 12 makan nasi siap-siap.lepas makan bersiap nak ke sekolah. pukul 1 keluar rumah. sekarang zohor dah lewat. jadi solat dekat sekolah. kalau solat dekat rumah dulu nanti sampai sekolah lewat.


Jumaat, 18 Februari 2011
 



masuk kelas 3J yang hari khamis cik zira mengamuk macam singa lapar, cik zira berubah menjadi baik. tak jerit-jerit pun. aja dorang pelan-pelan, bagi dorang latihan suruh salin. semua dapat siapkan kerja lepas cakap nak bagi pink sticker. takpelah, dorang pun susah nak dapat pink sticker tu. asek dapat orange sticker je. sekali sekala lah.






kelas 2E dan 2F semalam masuk topik baru pasal Numbers. seronok aja dorang nombor-nombor ni. dorang pun seronok. time cik zira nak keluar bukan main semua cakap, "bye teacher." kuat-kuat plak tu. sekurang-kurangnya ada yang dah pandai guna, "see you tomorrow teacher." cik zira yang dengar ni pun senyum je. dah pandai cakap, "thank you." baguslah, memang cik zira gembira bila anak-anak cik zira ni dah pandai gunakan bahasa inggeris walaupun sikit.






semalam lepas aja kelas 3J tuh, turun pergi kantin. rasa haus sangat. padahal dah minum air masak sebotol. tapi nak air manis jugak. pergi beli milo ais dengan air kotak. lepas tuh beli keropok lekor seringgit. bawa naik bilik guru, minum sampai habis, makan sampai habis. lapa dengan haus bukan main.






balik plak, jalan tak sibuk sangat di highway pasir gudang tu cuma sibuk dekat Pandan tu dengan nak sampai dekat Kg Melayu. cik zira singgah kg melayu beli beras pulut bik ani kirim. lepas tu terus ke larkin keluarkan duit. pergi petronas isi minyak penuh dengan pamkan tayar kereta viva cik zira pinjam dari tokcik ni. esok pulangkan kereta sebab dah cukup seminggu dah cik zira pinjam. tokcik pun nak guna kereta. dah dapat pinjam seminggu ni pun dah membantu sangat dah.






hari ni pukul 10 pagi cik zira dah kena keluar rumah sebab pukul 11 cik zira kena mengacarakan Majlis Perasmian Program NILAM. cik zira stay dekat sekolah sampailah habis sekolah petang nanti. lamalah cik zira kat sekolah hari ini.






jadi, pukul 9.30 dah kena siap-siap nak ke sekolah. esok cuti, tapi pagi ada tusyen sampai tengah hari seperti biasa. ingat petang kalau takde apa-apa nak pergi angsana tengok Pesona Pengantin tu. Kalau sempatlah. nak pergi dengan sepupu cik zira belah mak yang nak kahwin jugak hujung tahun ni.






hari ni sabtu. entry keluar dua je. satu pagi ni dengan satu lagi petang nanti. rajin-rajinlah singgah lagi ye.






ok semua, jaga diri korang tau,, =)








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 19 februari 2011 8.14 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails