salam sayang dan salam jumaat buat semuanya,
semalam hari memakai baju batik. jadi, cik zira yang kekurangan baju batik ni pun pakai blouse lama corak batik yang beli dekat kelantan entah beberapa tahun yang sudah, terjumpa blouse tuh terus pakai dengan kain hitam. cantik rupanya bila pakai. dah lama je terperam tak dipakai. pakai dengan tudung ariani hitam. itulah uniform cik zira semalam ke sekolah.
khamis, 17 februari 2011
meeting dari kul 12.15 sampailah pukul 1. lepas meeting terus masuk kelas 3J. Ya Allah, semalam dugaan hebat sangat. cik zira aja pasal places at home. tak banyak pun. aja 5 perkataan. susahnya nak masuk kepala budak-budak tu. otak dorang tak berjalan tau. geram cik zira. marah betul-betul, jerit sampai suara dah takde da. buat tak tahu je. benda senang cik zira nak bagi masuk dalam ingatan dorang. tapi kalau dorang sendiri yang malas, tak nak belajar betul-betul, macam mana lagi cara cik zira nak tolong? sampai jadi nak nangis tau kalau hari-hari masuk cik zira sorang je beria-ia, tapi budak-budaknya sama jugak. datang sekolah nak main. memang sangat geram. cik zira takkan buat, lantaklah tanak belajar sudah. cik zira tak nak buat macam tu. budak-budak tu tanggung jawab cik zira. walaupun dorang kelas hujung sekali, tak dapat banyak, sikit pun masuk dalam kepala, dah kira ok sangat lah tu. masalahnya, dorang sangat malas. takde nak tunjuk semangat nak belajar langsung. dah tak boleh nak kesian dah. hari ni tengok macam mana.
lepas kelas 3J, masuk kelas 2F. lepas 2F, kelas 2E. kelas akhir sekali kelas 3B. dari pukul 1 sampailah pukul 4.30 tiada henti. masa kelas 3B, bagi dorang kerja lepas dah mengajar, cik zira cabut kejap pergi kantin beli air kotak 2. haus sangat tak minum apa pun. lepas habis kelas 4.30 tuh, terus makan bekal yang dibawa sebab nak kumpul tenaga balik nak sambung buat kerja.
semalam bawa bekal nasi putih + ayam kepak masak sambal. sedap. letak kicap sikit. tapi gambar tak sempat nak snap sebab lapar sangat.
semalam malam edit kertas soalan, kena besarkan font. dah siap malam tadi. lepas tuh nak buat SBOA, dah buat, tapi tak masuk. geram lagi. terus tutup laptop, pergi tido. pagi ni nak cuba tengok mana yang silapnya. tu semua kena siapkan dalam bulan ni jugak.
lepas tuh satu kerja lain, kena siapkan paperwork untuk projek Bilik SAC.
ok. sudah. entry sampai di sini. nak kena sambung buat kerja yang banyak.
bye semua. jaga diri elok-elok ye.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 18 februari 2011 8.47 a.m.
No comments:
Post a Comment