salam sayang buat semuanya dan selamat pagi
rabu, 16 februari 2011
ok, seperti biasa, entry pagi-pagi nak cerita pasal sekolah semalam. semalam pukul 12.30 ada taklimat dekat bilik mesyuarat pasal sambutan maulidul rasul pada 5 Mac, sabtu. sambutan secara besar-besaran macam kenduri kahwin memerlukan sokongan dari semua guru untuk sama-sama menjayakan salah satu program tahunan terbesar ni. sebenarnya SK Taman Cendana ni memang banyak program tahunan besar-besaran. budak ramai, cikgu pun ramai. jadi, kalau sama-sama bekerjasama, insya Allah segala program yang dirancang akan berjalan dengan lancar. untuk program sambutan maulidul rasul ni, cik zira menjadi AJK liputan. maksudnya kena amek-amek gambar lah. ketua cik zira En. Zaki, dia memang pakarlah bab amek-amek gamba ni. kamera dia pun beso-beso sumenye. takpe, belajar sikit-sikit dari dia. lepas tuh, kena tolong cikgu-cikgu lain rewang-rewang.
selain itu, sabtu ini, 19 februari kan kena ganti sekolah. ada Program Nilam. bermula 11 pagi. Pihak Utusan akan datang untuk membuat liputan. cik zira pun terlibat sama memandangkan cik zira setiausaha perpustakaan. Tugas cik zira pada sabtu pagi nanti, seperti biasa, mengacarakan majlis tu nanti. jadi, sabtu ni kenalah datang awal pergi sekolah.
setakat ni, 2 program itu dulu yang terdekat akan dijalankan. 8-10 Mac ialah Ujian Mac. sebelum cuti. kalau siap cepat tanda kertas, cik zira boleh cuti dengan riang ria. harap-harap dapatlah tanda kertas dan masukkan markah cepat. taknak cuti ada kerja. insya Allah boleh.
hari selasa kan cik zira berhempas pulas siapkan soalan ujian kertas 1 dengan kertas 2. sekali semalam datang sekolah kena buat satu kertas jek. geram betul. bila tanya kata konpem. lepas tuh cik zira ni jenis yang suka buat kerja cepat, tak suka tangguh-tangguh. dah buat, salah plak. malam tadilah duk lah buat lagi sekali kertas ujian satu paper yang lain plak. dari lepas mandi semua tuh mula buat kerja sampailah pukul 11 lebih. penat rasanya. harap-harap dah takdelah salah lagi. AMIN
hari ini, pukul 9 kang kena anta anak Tok cik pergi klinik abdul samad sebab dia kena jumpa doktor untuk gigi dia. cik zira hantar je sebab kan cik zira pinjam kereta tokcik. hantar jek lepas tu balik kena siap-siap sebab hari ini pukul 12 cik zira ada meeting dengan semua guru bahasa inggeris. nak bercakap pasal SAC. cik zira kan penyelaras SAC. jadi nak kena pengerusikan meeting ni lah. huhu
kerja kerja kerja yang makin banyak. macam takde rehat langsung. rehat masa tidur jek. buka mata jek buat kerja. takpe, tunggu cuti bulan 3 nanti. nak rehat puas-puas. itu pun tak boleh rehat sebab ada perkara perlu diuruskan. Intan, Ruhaila dan Munir kahwin, insya Allah cik zira akan pergi. tapi, nak pastikan semua kerja sekolah siap dulu.
wah, tengok atas balik macam banyak plak cerita pasal semalam. mengajar macam biasa. happy. semalam rasa masa macam pantas jek berlalu sebab masuk kelas keluar kelas. sempat makan bekal sekejap. lepas tu jaga perpustakaan. buat kerja. fuh, tak berhenti. tu yang rasa macam kejap je semalam.
hari ini plak meeting, lepas tuh masuk kelas dari pukul 1 sampai 4.30. habis kelas kena semak fail peribadi murid nak kena keluarkan dan satukan kad-kad untuk ujian mac ni nanti. aduhai, kerja kerja,, hehe
ok semua. jaga diri ye. jangan lupa senyuman. walau stress mana pun, bila bersabar dan tersenyum, insya Allah boleh hilangkan stress tu,, ^__________^
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 17 februari 2011 8.16 a.m.
No comments:
Post a Comment