hidup setiap insan, setiap hamba Allah berlainan. ada yang rezekinya lebih kerana berusaha sejak dari awal dan ada yang rezekinya kurang sebab tidak mahu berusaha dari awal. ada yang bekerja kuat dan sampai berisiko membahayakan nyawa sendiri untuk dapatkan duit menyara diri dan keluarga dan ada pulak yang bekerja di pejabat dengan kerja-kerja yang banyak dan mendapat gaji pun banyak.
salah satu pekerjaan yang membahayakan diri sendiri,
tapi inilah yang dinamakan kerja,,
itu semua kerja Allah. masing-masing lain-lain rezekinya ikut usaha yang dikerjakan. kalau rajin, rezekinya lain, kalau malas rezekinya lain.
sebagai manusia, semua orang perlu berusaha dan bekerja keras untuk menyara diri dan keluarga. macam-macam kerja kat dunia ni boleh dibuat mengikut kepakaran masing-masing untuk mendapatkan duit dan pendapatan hasil kerja yang dilakukan.
cik zira bersyukur kepada Allah dengan semua yang cik zira miliki dari dahulu sehingga sekarang ini. tetapi, perlu gandakan usaha supaya tidak berada di tempat yang sama sahaja. perlu lakukan sesuatu untuk meningkatkan prestasi diri dan sebagainya.
yang penting, kerja kena rajin, bertanggungjawab dan ikhlas. insya Allah rezeki itu nanti diberkati-Nya.
kalau malas, dan selalu menyalahkan takdir, itu sangat tidak bagus. berusahalah untuk meningkatkan diri. jangan harapkan orang lain sebab masing-masing ada tanggung jawab sendiri. berdikari dan berusaha sendiri supaya bila dapat hasilnya, kita sendiri akan berasa puas dan gembira dengan apa yang telah kita kerjakan.
sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, perlu niat. niat itu yang penting sekali.
syukur kepada Allah, cik zira kini seorang cikgu setelah belajar selama 6 tahun di maktab dan UUM. seorang cikgu di SK Taman Cendana, Pasir Gudang. penuh dengan tugas harian dan tugas sekolah. tapi, itu semua tanggung jawab yang perlu dilaksanakan dan dikerjakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
perlu ingat, setiap orang ada rezekinya masing-masing. jangan beza dan banding ke arah negatif tetapi beza dan bandingkanlah untuk perkara positif supaya sama-sama kita teruskan usaha untuk menjadi yang lebih baik. Insya Allah.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 16 februari 2011 8.54 a.m.
No comments:
Post a Comment