SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, March 1, 2011

faedah berblogwalking.






ini antara faedah kenapa cik zira suka berblogwalking jika ada masa lapang :



  • dapat banyak pengetahuan baru - sebab setiap blog ada berkongsi cerita yang kadang-kadang cik zira tak tahu pun pasal perkara itu. bila dah baca, baru tahu, "oh, macam ni rupanya ye."
  • dapat kenal pelbagai ragam manusia - kalau orang ni, ceritanya pasal ini. kalau orang tu ceritanya pasal itu.
  • dapat tengok orang cantik-cantik - ini paling suka sebab memang suka tengok orang cantik. lepas tu boleh tengok apa dorang pakai dan sebagainya.
  • dapat kawan baru - selalunya macam tu lah. daripada blogging ni lah boleh dapat kawan baru tau. percayalah.
  • jumpa blogshop yang best-best memudahkan nak shopping online dan memudahkan nak bazir duit. ops!
  • suka baca kisah orang sebab kalau macam emak-emak dorang lebih suka kongsi cerita pasal anak-anak dorang. lagi-lagi baby-baby tu. alahai comel benar lah.
  • dapat menenangkan hati dan perasaan jika kerja terlalu banyak, memang akan blogwalking baca blog orang sebab rasa macam best je.





senang cakap, kalau kita suka baca blog seseorang tu, secara tak sengaja kita macam tahu life orang tu dan suka lagi dan lagi nak tahu pasal dia. sebab rasa kehidupan tuan empunya blog tu macam best.






dan lagi satu, ramai juga blogger yang bakal berkahwin berkongsi persiapan dengan semua di blog mereka dan ianya sememangnya membantu yang lain yang mahu berkahwin juga. betul tau.







ada juga blog yang rajin buat tutorial macam-macam. ha, ini memang baik hati sebab sudi kongsi-kongsi macam mana nak buat itu, macam mana nak buat ini.






kalau blog pasal makan, ha, lagilah suka. asal tengok terus nak. timbul masalah plak.. hehe






pendek kata lah kan, kalau berblogwalking ni, pada cik zira memang banyak faedahnya. baca kisah orang, yang baik dijadikan contoh, yang tak baik dijadikan tauladan lah ye. 






tak kiralah kan, sebab dalam apa yang kita buat, niat tu yang penting. kalau ada yang berblogwalking lepas tu kerja nak kutuk nak mengata, ada je tak puas hati, itu tak baguslah. cik zira memang suka baca dan ianya menyeronokkan. tiada apa yang nak dicemburukan atau tak puas hati sebab manusia ada rezeki dan kehidupan masing-masing






betul kan?






macam blog cik zira ni sendiri, memang banyaknya pasal kehidupan cik zira dan cik zira akui memang ada yang suka dan ada yang tak suka. tapi inilah cik zira. apa yang cik zira tulis, itulah dia.






oleh itu, terima kasih kepada yang terus membaca dan singgah blog cik zira ye. sayang korang sangat!!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 1 mac 2011 8.54 a.m.

4 comments:

Atiqah Adnan said...

slalu singgah blog ini.. ^^

++Kerudung Ungu++ said...

As salam...

Dah lama tak singgah kat sini...:-)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Atiqah Adnan :



thanx sis tiqah, kita pun suka singgah blog sis,, =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

++Kerudung Ungu++ :


wsalam,,


singgah-singgahlah selalu ye,, thanx sangat,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails