SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, March 3, 2011

semalam, 2 Mac 2011





alkisahnya semalam, pukul 12.30 sampai nak dekat pukul 2 dah meeting. cik zira dalam bilik meeting dah serba salah dah sebab nak masuk kelas mengajar. nanti kesian budak-budak tak dapat belajar topik baru. meeting habis lagi 5 minit nak dekat pukul 2. terus cik zira bergegas, lari-lari anak menuju ke kelas 2F yang nun jauh di atas tu. masuk terus suruh dorang buka buku aktiviti dan mengajar sikit pasal family members. tapi kesian dorang tak faham sangat sebab tak baca buku teks dulu. tapi, cik zira dah aja yang senang dorang nak faham. hari ni kena aja semula. insya Allah nanti dorang akan lebih faham.


semalam, 2 Mac 2011




mesyuarat semalam berkenaan dengan sambutan maulidur rasul secara besar-besaran yang akan disambut pada sabtu ini, 5 Mac. segala persiapan sudah mula dijalankan. melibatkan seluruh warga sekolah seramai 3 ribu itu. esok, cik zira akan berumah di sekolah seawal 8 pagi sudah kena ada kat sekolah sampailah habis sekolah pada petangnya itu. kena rewang ramai-ramai sebab tak silap sebanyak 30-35 kilo beras akan dimasak kerana ada 4 ekor lembu akan ditumbangkan. bayangkan banyak ke tak banyak.






murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 3 akan makan dalam bungkusan manakala murid-murid Tahun 4-6 bersama cikgu-cikgu akan makan bersama menggunakan dulang. ala-ala nasi ambang orang jawa lah kiranya. takpe, cik zira dah biasa dah. kan keturunan jawa,, =)






jadinya, esok pukul 7 lebih pagi cik zira dah kena keluar rumah. pakai baju biasa dulu sebab nak merewang. nak pergi sekolah tu baru salin pakai baju kerja. mungkin akan tumpang rumah sesiapa nak mandi dan bersiap sebab takkan nak balik rumah pulak jauh kan, tak sempat nanti. bawa baju siap-siap esok. lepas tu masing-masing kena bawa pisau dan papan pemotong sendiri nak potong bawang dan sebagainya. mesti meriah besok. cikgu petang kena merewang pagi dan cikgu pagi pula merewang belah petang.






pasal sambutan maulidur rasul tiada masalah. insya Allah segalanya akan berjalan dengan lancar. tetapi, ada masalah berat buat cik zira dan cikgu-cikgu yang lain. dalam meeting semalam diumumkan akan ada Kem Motivasi untuk Tahun 6 pada sabtu dan ahad 12 & 13 Mac awal cuti tu. semua dah mengeluh termasuk cik zira. aduhai. baru ingat nak cuti sebab 12 Mac tu Intan kahwin dan 13 Mac tu Ruhaila pulak. dah dapat kad, memang nak pergi. sekali, ada program pula. senarai nama AJK tak naik lagi tapi konpem nama cik zira akan ada sebab semalam GPK tu siap pesan, "kepada DG41, bersedia, nama anda mesti ada."






perkara ini tidak diberitahu awal-awal. cikgu ada yang dah beli tiket nak balik bercuti. diberitahu sudah lambat. sepatutnya dibincangkan dahulu dan bolehlah masuk dalam takwim dan cikgu-cikgu semua akan bersedia. bukan bermaksud tak mahu bekerja, kami semua boleh melaksanakan tugas yang diberikan cuma masanya sahaja tidak kena. cik zira harap sangat perkara ini akan selesai dan tidak menjadi masalah kepada semua dan semuanya akan baik-baik sahaja. 






cik zira nak sangat cuti sebab nak pergi majlis kawan-kawan. sekolah memang keutamaan cuma tarikhnya sahaja sedikit masalah. harap-harap GB dapat membuat pertimbangan sewajarnya dan cik zira tahu GB selalu memahami rakan-rakan gurunya. Insya Allah. nak sangat dapat cuti. AMIN.






hari ni kena pergi sekolah awal. pukul 11 kena sampai sekolah. takpe, selalu pun pukul 11.30 memang cik zira dah sampai sekolah. memang pergi sekolah awal. hari ni PENDITA, iaitu kelab guru nak proses membungkus kerepek jualan lagi sebab dah habis dah. cik zira kan salah seorang AJK PENDITA. sama-samalah membungkus kerepek di sekolah sekejap lagi.






wah, macam banyak plak kan cerita pasal sekolah semalam. yelah, memandangkan mesyuarat semalam pun banyak maklumat dan nasihat. cik zira pun berkongsilah di sini.






ok, itu sahaja ye. nak kena sambung buat kerja sekolah sikit ni.






kamu semua jaga diri baik-baik ye,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 3 mac 2011 8.05 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails