dah dua hari tak pergi sekolah sebab hantar budak hoki, semalam mengajar balik seperti biasa. budak-budak nampak muka cik zira terus tanya, teacher pergi mana? teacher demam ke? teacher sakit ke?
teacher hazirah yang boolat
malas cik zira nak layan. banyak pulak soalnya. bagi keje entah buat ke entah tidak
semalam sampai sekolah je setelkan keje mana yang patut. aduhai, keje dua hari tinggalkan punyalah banyak. nasib baik 2 hari jek, kalau dua minggu, habislah nahas diri sendiri,, huhu
kelas pertama semalam kelas sendiri, 2F. mengamuk cik zira ada keje tak siap, ada tak buat. geram betul. dorang ingat cik zira tak check agaknya, sebab tu buat sambil lewa. habis semua kena marah semalam. cik zira tahu tak baik buat macam tuh, tapi cik zira nak dorang sedar, kalau dorang buat baik, cik zira akan layan baik. yang baik memang takkan kena marah, tapi yang buat hal tuh memang nak kena, tak boleh biarkan.
lepas tuh, dah kena marah tuh ada plak sorang budak perempuan gembeng nangis teresak-esak masa cik zira tengah mengajar. entah apa-apa, pastu cik zira cakap dengan semua, "patutnya, teacher ni yang kena nangis awak semua tanak dengar cakap teacher. awak semua tak siapkan kerja. teacher ni tau patutnya nangis, bukan awak!"
geram betul. tak boleh kena marah sikit, nangislah apelah. dah tahu taknak kena marah, jangan buat silap.
pendek kata, 4-4 kelas cik zira masuk semalam semua kena marah. naik lemak tau semua, mentang-mentanglah cik zira 2 hari tak datang sekolah. main-main semua!
hari ini nak tengok sape lagi nak kena marah. dahlah hari ni kelas dari kul 1 sampai kul 4.30 tak berhenti. kalau ada yang cari pasal, siaplah dorang nanti
semalam, bayangkan cik zira menanda buku punyalah banyak. dalam kelas dah siapkan tanda. dekat meja dah siapkan tanda. bawa balik rumah sambung nak tanda buku lagi. punyalah banyak. kalau setiap kelas katakanlah 40 orang kali 2 buku setiap seorang kali dengan 4 kelas. ha, banyak tak banyaklah kan keje cik zira menanda buku semalam. dah selesai malam tadi, siapkan tanda semuanya.
uisyh, taip entry ni teringat budak-budak semalam, geram dibuatnya. maknanya kena berhenti dulu. kang tak pasal-pasal sakit hati plak,, hehe
ok semua, terima kasih sebab masih sudi jenguk blog MERAH cik zira dan baca kisah seharian cik zira terutama berkongsi pasal cik zira di sekolah. terima kasih banyak-banyak,, ^________^
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 31 mac 2011 8.01 a.m.
No comments:
Post a Comment