SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, March 28, 2011

SK Taman Cendana Johan MSSD Pasir Gudang





ini kisah cik zira dan olahraga sekolah, SK Taman Cendana






minggu lepas, dan minggu sebelum cuti, cik zira ikut budak-budak olahraga bertanding di SMK Kota Seri Puteri. pertandingan selama 7 hari menyaksikan sebanyak 66 buah sekolah rendah daerah pasir gudang bertanding, sekolah rendah dan sekolah menengah turut terlibat.






cik zira difahamkan sekolah cik zira ni kuat-kuat jugak budaknya dan cikgu-cikgu yang melatih berpengalaman lama. dan yang cik zira suka, budak-budak sukan SK Taman Cendana ni budak kelas pandai. kelas A ramai. bagus betul dorang ni. sukan bagus, belajar pun bagus.


 tengoklah cikgu dengan budak sama naik,, ;)

 perempuan bawah 10

lepas lari dipaksa berehat




cik zira ikut pergi masa hari last, final pada hari jumaat. budak cik zira masuk 4X200 m lelaki dan perempuan bawah 10 dan bawah 12. itu untuk acara kemuncak hari akhir MSSD pasir gudang.






ada dapat emas dan ada yang dapat perak dan gangsa. tapi secara keseluruhan, sekolah cik zira mendapat 9 emas dan berjaya mendapat johan untuk sekolah rendah.






TAHNIAH cik zira ucapkan kepada budak-budak sukan 
SK Taman Cendana!
korang memang hebat!



si naufal ini sangat kuat berlari




Guru Besar pun turun padang untuk melihat kejayaan anak-anaknya. GB bagi hadiah duit dekat budak-budak yang mendapat pingat. suka budak-budak tu semua dapat duit dari GB. terima kasih ye GB!









kitorang amek port dekat bawah pokok kelapa, bersantai sambil tengok semua yang bertanding. cik zira pun apa lagi, setiap kali budak-budak cik zira berlari, cik zira pun sama menjerit bagi sokongan dekat dorang.










bangga cik zira sebab dorang ni hebat-hebat. kalau dilatih dan dijaga, mana tahu satu hari nanti boleh jadi atlet negara. sukan hebat, belajar pun hebat. ini menunjukkan sukan tak menghalang seseorang untuk berjaya jugak.






cik zira seronok dapat menjadi sebahagian daripada mereka. merasai kejayaan yang dikecapi. 






terselit gamba cik zira jugak,, =)




hari ini dan esok ikut pergi pertandingan hoki pulak. 






suka-suka jugak, tapi terkilan pun ye jugak sebab asyik tinggalkan budak-budak cik zira tak belajar. kesian dorang. hari tuh dapat belajar sikit, dorang dah happy dah. ni kena tinggal lagi dengan cik zira. sian dorang.






takpe, 2 hari je, hari rabu mengajar macam biasa. cik zira ada tinggalkan kerja untuk dorang buat.







olahraga dah habis, bola sepak pun dah selesai. tinggal bola baling dan hoki untuk bertanding. tengoklah mereka sehebat olahraga atau tidak. tapi yang pastinya Insya Allah mereka hebat!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 mac 2011 8.13 a.m.

2 comments:

Anonymous said...

bestnyerr sukaneka,terignat zaman sekolah dulu.rindu la..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

ini bukan sukaneka lah dEar, ini olahraga, larian, lompat jauh, lompat tinggi sume tuh,, ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails