salam sayang semuanya,
Assalamualaikum...
ini cerita semalam:
semalam, 12 april 2011
semalam pergi sekolah macam biasa. dalam perjalanan tu masih teringin nak pergi cari air baru dekat KFC tu. maka membeloklah masuk ke plentong lalu tersesat pergi ke giant walhal Tesco belah bertentangan. cik zira ni memang, selalu sesat jalan yang simple. dush sekali! tak pasal-pasal kena pusinglah pulak. sanggup tuh semata-mata nak cari air tu. huh!
sampai tesco, parking terus jalan laju-laju masuk tesco. masuk-masuk jek dah nampak KFC terpampang depan mata. masuk tapi takde iklan air baru tu, iklan dessert baru adalah. hampa ni. tapi tak puas hati, pergilah jugak tanya. orang tuh kata kat jusco dengan drive thru jek tapi dia tak sempat habiskan cakap cik zira pun cakap terima kasih dan terus beredar sebab hampa yang amat! dah tak dengar dia kata drive thru mana satu. aduhai...
maka, tidak mahu keluar dengan tangan kosong, pergilah big apple beli donut 3 biji yang berharga RM 2.30 untuk sebiji donut. nak beli americano drink sekali tapi orang buat air keluarlah pulak. malas nak tunggu sebab nanti terlambat sampai sekolah, beli donut sahajalah. keluar tesco dengan donut sahaja. hampa.
takpe. dapat big apple pun jadilah.
singgah isi minyak dalam perjalanan pergi sekolah tu.
sampai sekolah, letak barang atas meja, terus naik ke library nak uruskan hal buku. bawa sekali donut. makan dua biji, satu biji tinggalkan makan kemudian. tiga biji donut ni memang perisa kesukaan cik zira. suka yang coklat dan cheese.
mengajar semalam apa cerita ye? em,, nampaknya sama jugak seperti hari isnin. mengecewakan lah budak-budak ni. sampai cik zira sikit lagi nak nangis semalam dalam kelas sebab geram sangat dengan budak-budak. cik zira sampai kecewa sangat-sangat dan terus terdiam. tak tahu nak kata apa dah. cik zira dah berusaha yang terbaik nak bagi dorang ilmu, tapi apa yang cik zira dapat, memang mengecewakan sangat. tunggu dan lihat jelah apa pulak perangai dorang hari ini.
semalam makan bekal nasi pun pukul 5.15 lepas solat asar. makan laju-laju dalam 15 minit je masa yang ada untuk makan sebab lepas tu ada kelas. bawa nasi + kicap + ikan goreng berlada + sayur air. tapi gamba pun tak amek sebab makan laju-laju. makan sampai habis sebab memang lapar walaupun dah makan 3 biji donut,, ;)
malam lepas isyak semalam cik zira keluar. pergi mana? nanti petang plak cik zira ceritakan k.
korang semua jaga diri tau,, bye semua.. ^________^
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 13 april 2011 8.48 a.m.
No comments:
Post a Comment