SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, April 30, 2011

semalam, 29 April 2011





salam sayang dan salam sabtu buat semuanya,







gembira sungguh rasa di hati setelah sekian lama tidak dapat berehat di pagi sabtu, hari ni lah harinya sebab dah mula cuti dan tak payah pergi sekolah hari sabtu. kalau tak, setiap sabtu mesti kena peri sekolah. dapatlah berehat sikit. itu pun tak rehat mana, nak buat kerja sekolah. kena key in ujian lisan bila dah datang mood nak buat yang tu,, ;)






semalam kan kat sekolah, mengajar seperti biasa. lesson berjalan seperti yang dirancang dalam lesson plan, alhamdulillah dan nampak macam budak mencapai objektif yang cik zira sasarkan. siap baik hati tau cuti tak bagi kerja rumah, teacher yang bagus tau untuk dorang,, bagi dorang cuti sebab dah tahu subjek lain konpem banyak kerja rumah dah.






semalam makan kat sekolah, makan berpakej, maksudnya, makan dadih-kerepek-jambu. tiga-tiga sekali makan. melabur dekat bilik guru setiap hari. nasib baik takde jual makanan lain, kalau ada pun mesti sapu jugak. perut ni kan, asal rasa nak makan, kenalah sumbat makanan,, hehe



kepek pedas sedap!




sebelum mula sekolah makan roti telur dengan kuah dia. dalam pukul berapa tuh makan nasi + lauk paprik. semuanya habis macam biasa,, ni kan cik zira,, =)



sebelah nasi + sebelah roti telur



balik jalan tak jam, sampai rumah awal, siap tengok Kate dengan Charles kahwin lagi. sungguh cantiklah kate, suka tengok dia, dia senyum manis sangat. tengok sambil makan keropok lekor cicah sos,, mestilah nak kena makan jugak,, 






lepas itu mandi solat semua, malam setelkan kerja sekolah sikit, lepas tuh berehat tengok tv, dating sekejap kemudian tido pukul 12 lebih.






itulah rutin cik zira untuk semalam. sama je lebih kurang dengan hari-hari lain cuma hari jumaat masa di sekolah singkat, jadi takdelah kelam kabut sangat sebab banyak sikit masa terluang untuk buat kerja-kerja lain.






petang karang tusyen dengan bebudak sekolah rendah. malam boleh buat kerja. esok pagi sampai tengah hari tusyen sekolah menengah, isnin takde apa program lagi. tapi, mana-mana kerja yang kena buat, kena siapkan dulu ye cik zira, baru boleh nak ke mana-mana tau!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 30 april 2011 8.25 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails