salam sayang buat semuanya,
hari ni sangat suka hati sebab entry pepagi hari ni akan ada banyak gamba makanan,, yay!
semalam awal pagi sarapan roti coklat gardenia yang 60 sen tu
lepas tu macam biasa, keluar rumah pukul 11 pagi macam tuh, singgah pejabat pos kg melayu nak bayar bil telefon, tak bayar lagi
dah siap bayar bil, terus keluar dari pejabat pos itu, lalu singgah sebentar di gerai tepi jalan, selalu lalu nampak cendolnya tapi tak pernah berhenti, tapi semalam berhentilah nak rasa cendolnya sedap ke tidak. belilah sebungkus yang berharga RM 1.50. dah beli, masuk kereta dan nak keluar ke jalan besar, waduh, kereta punyalah banyak
cendol pun disangkut dahulu, tunggu jalan dah clear baru boleh minum, maklumlah kereta manual, hehe, tapi maish boleh minum cendol tersebut dalam perjalanan,, ;)
cendolnya tak sedap sangat, sedap lagi yang cendol house punya. nanti nak makan yang cendol houselah, lama dah tak makan
semalam makan dadih macam biasa, perisa jagung. sedap macam selalu dadih kak mar ni
dalam pukul 3 macam tuh, lepas kelas, makan bekalan yang dibawa iaitu nasi + sayur + ikan sardin masak sambal. makan dengan kak ida dan kak zu, cik zira rasa laksam kak ida beli dekat kantin.
semalam balik rumah, sampai-sampai jek nampak keropok lekor dengan pisang goreng, apa lagi teruslah makan cicah dengan sambalnya.
kemudian, sambung makan mee kuah pulak. lepas habis makan mee kuah itu, makan keropok lekor dan pisang goreng lagi lagi dan lagi,, ;)
ha, kan dah kata, best sungguh entry pagi ni sebab ada banyak gamba makanan
hari ni pukul 12.30 ada mesyuarat perpustakaan. kena catit dan buat minit mesyuarat sebab cik zira kan setiausaha perpustakaan sekolah. kalau dapat hari jugak siapkan balik nanti, lega sikit,,,
itu sahaja untuk entry pagi ini.
bye semua!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 19 april 2011 9.20 p.m.
2 comments:
cendol house sedap!
mee soto dye pon sedap :)
i likeee
hamboi zia, siap dah makan mee soto dia tuh, ni yang nak try jugak ni,, tq for the info tau,, =)
Post a Comment