wow!
apa yang MERAH tu?
ape lagi kalau bukan pasal cik zira mestilah kena ada cerita pasal MERAH,, ;)
takdelah, sebenarnya semalam cik zira pergi kerja pakai baju kurung MERAH. baju raya tahun 2009 tak silap. baju tuh jarang pakai, samalah macam baju hari isnin cik zira pakai tu. baju raya jugak. baju raya ni memang jarang pakai bawa gi keje sebab nama pun baju raya, dia lain sikit dari baju tak raya,, ngee
cam tak baju ni?
ada kat tepi-tepi blog gamba cik zira dukung mayam tonet,, =)
oopss, muka selebet yang hamat!
semalam mengajar macam biasalah. tapi kena bertugas tu yang cik zira garang yang amat. budak kan lepas habis makan, lepas rehat, aktifnya semacam. payah sungguh nak suruh diam. penyudahnya kenalah jadi garang jugak cik zira ni nak bagi dorang diam,, huhu
mengajar macam biasa, cik zira enjoy, budak pun enjoy. alhamdulillah. dan semoga dorang faham dan ingat apa cik zira ajar. AMIN
semalam sampai sekolah je dapat makanan percuma. YAY!!
3 orang cikgu yang dapat jadi guru cemerlang iaitu Kak Fadilah, Kak Hajjah Musliha dengan Cikgu Azmi belanja kitorang semua cikgu. TERIMA KASIH!
apa yang kitorang dapat free semalam? ha, banyak tau. nasi ayam + limau + air mineral + dadih. pakej lengkap tu.
cik zira ni yang pepagi dah sarapan bakso dah, dapat jek makanan free terus lapar, terus makan. padahal ada bawa bekal nasi jugak tuh. takpe, makan jugak sampai habis nasi ayam tuh,, isyh-isyh cik zira ni kan
tengok tuh, kepak ayam favoritaku!
makan nasi ayam lepas makan dadih. dadih wajib makan dulu.
dadih perisa coklat
makan, kenyang. seb bek tak ngantuk, kalau ngantuk macam mana entah nak mengajar,, ;)
dalam pukul 5.15 tu, lepas solat asar, sebelum masuk kelas 2F, sempat makan bekal pulak. bik ani masakkan nasi + ayam masak merah + telur dadar + sayur goreng lemak. SEDAP!!
tengok jugak, ayam masak merah itu pun kepak jugak,, ;)
makan jugak sampai habis. tengok, besar tak besarlah perut cik zira ni boleh makan nasi yang banyak kuantitinya 2 kali, aduhai,,
cerita sekolahnya sikit plak sebab mengajar macam biasa, takde hangat hati sangat, hangat sikit-sikit je,,
tapi, bab makan memang seronok nak cerita sebab memang dapat makan banyak kali dan semuanya sedap-sedap, sungguh seronok rasa di hati. hari ni pun nak makan sedap-sedap jugaklah!
aduhai, tajuk ada warna MERAH tapi ceritanya sikit jek. cerita pasal makan plak banyak! lari tajuk sungguhlah cik zira ni!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 5 april 2011 9.03 p.m.
No comments:
Post a Comment