SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, April 19, 2011

suka tengok budak-budak enjoy belajar bahasa inggeris






semalam, cik zira masuk topik baru dengan budak-budak 3B, masuk Unit 5, how do you go to school?






cik zira mulakan dengan pembacaan seperti biasa. kemudian cik zira terangkan macam mana nak soal dan jawab cara pergi ke sekolah. bila dorang dah faham, cik zira buat aktiviti soal jawab sesama dorang. nampaknya dorang enjoy dan faham. dorang seronok bertanyakan kawan-kawan dan seronok jugak memberikan jawapan. dah tentulah dalam english sebab cik zira pantau dorang.






lepas aktiviti itu, cik zira suruh dorang gayakan macam mana kalau naik motor, naik teksi ke bot ke, dan dorang suka aktiviti ni jugak. nak bagi dorang enjoy tapi dalam masa yang sama dorang faham apa yang cik zira sampaikan.






kemudiannya, aktiviti survey, dimana dorang kena bergerak tanya kawan-kawan bagaimana cara kawan-kawan dorang pergi ke sekolah dan soal jawab dalam bahasa inggeris yang mudah, cara yang cik zira dah ajar. bukan main macam pasar bisingnya, jadi aktiviti tu tak boleh lama sebab takut makin bising ganggu kelas sebelah nak belajar.



tengok tuh, bukan main lagi bebudak tu semua,, =)




pendek kata, semalam budak-budak 3B memang enjoy dengan tajuk baru tuh. hari ni akan sambung aktiviti lain. macam mana nak buat aktiviti sama dengan budak kelas 3J ye? mungkin boleh buat yang sama tapi kena ubah sikit-sikit mengikut tahap budak-budak 3J sebab tahap dorang sangat berbeza dengan 3B. takpe, cik zira kena mainkan peranan supaya walau dengan cara macam mana sekalipun, dorang faham apa yang cik zira ajarkan, Insya Allah.






inilah diri cik zira setiap hari sebagai seorang teacher, berusaha memberikan pengajaran kepada anak-anak cik zira supaya dorang faham bahasa inggeris, sukakan bahasa inggeris dan lama-lama nanti, Insya Allah, dorang akan dapat menguasai bahasa inggeris. AMIN,,, =)






.I love myself as an English teacher.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 19 april 2011 9.14 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails