SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, May 21, 2011

semalam, 20 Mei 2011





Assalamualaikum
salam sabtu buat semuanya






hari jumaat bersekolah. pergi lepas solat zohor di rumah memandangkan sekarang zohor masuk awal, jadi bolehlah solat dahulu di rumah sebelum ke sekolah. lepas solat, bersiap dan menuju ke sekolah.






dalam kereta makan roti benggali bik ani beli kat jalan dhobi kat bandar tu sebab pagi tuh kul 11 macam tu pergi bank islam dekat kotaraya bayarkan yuram OUM bik moi, jadi bik ani pun singgah beli roti benggali yang famous dekat situ. bawa bekal makan dalam kereta nak ke sekolah.






mengajar, membuat ulangkaji seperti biasa. soalan periksa dah sampai, cikgu yang pembungkus soalan bagi tahu cik zira soalannya memang susah. habislah anak-anak cik zira, entah boleh buat ke tidak nanti. hari khamis depan peperiksaan bahasa inggeris. kitorang tak boleh nak tengok soalannya. tapi memang cikgu tu siap jumpa cik zira kata memang susah. 






apelah kan yang buat soalan pun, patut berpandukan buku teks lah dah kata mengajar pun kena guna buku teks barulah cikgu dapat target apa yang masuk dan budak pun boleh jawab apa yang dorang dah belajar. ni masukkan yang budak tak belajar, macam manalah budak nak jawab. patut pembuat soalan peringkat ppd ke mana ke kena lebih beri perhatian akan perkara ini.






3 kelas je semalam tapi satu masa jaga perpustakaan. 






bawa bekal roti je sebab kat rumah dah makan. lepas tuh dapat pulut kuning + rendang ayam kak rahida bagi sebab anak lelaki dia khatam Quran. dapatlah makan pukul 5 lebih sebelum masuk kelas akhir, 2F.







sampai rumah awal semalam. kul 6.50 macam tuh dah sampai. yelah, keluar sekolah hari jumaat pun memang cepat sikit, kul 6.15 sekolah dah habis. tapi selalu pun hari jumaat sampai lambat jugak, tapi semalam awal. siap rehat minum air kejap duduk depan tv,, hehe, kan heaven je kalau selalu sampai rumah awal. ini tak, asyik sampai rumah dah gelap dah dunia,, ;)






inilah akibat dapat sekolah jauh sikit dari rumah. Kg Melayu - Pasir Gudang.






p/s oh, hari ni awal pagi dah keluar gi sekolah sebab ada gotong-royong perdana. tugas cik zira kutip sampah sekeliling sekolah. mari sama-sama bergotong-royong!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 20 mei 2011 8.14 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails