SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, May 4, 2011

semalam, 3 mei 2011





wah, dah masuk bulan mei dah kan? 4 bulan sudah berlalu dalam tahun 2011 ni, masih ada 8 bulan lagi untuk menjalani kehidupan bermakna dalam tahun 2011 ini, Insya Allah






sebelum tuh nak mengadu ni, hehe, dalam blog pun boleh mengadu kan, mana tahu ada yang simpati,, ;)
takdelah, tekak dan suara cik zira masih dalam keadaan yang sakit, masih tidak baik lagi dan tak tahulah macam mana mengajar hari ni setelah semalam berasa sangat seksa bila mengajar takde suara,, huhu






memang seksa sangat sebab cik zira selalunya mengajar memang akan gunakan suara yang lantang supaya satu kelas dengar dengan jelas apa yang cik zira nak sampaikan, lantang tu bukannya menjerit tau, bagi jelas, tapi semalam, sedih sangat, nak kuatkan suara sikit pun tekak rasa perit betul,, huhu






dah nak dekat seminggu sakit tekak ni, dari hari khamis lepas lagi tak bebaik,, cik zira kalau dah sakit ni memang susah sikit nak baik tapi alhamdulillah, hanya tekak dan suara yang sakit, yang lainnya masih sihat sempurna, alhamdulillah, masih boleh ke sekolah dan bekerja berjumpa anak-anak cik zira macam biasa walaupun kesian dorang cik zira tak boleh bersuara lantang macam biasa,,






semalam sampai sekolah, letak barang, kemudian terus naik ke bilik SAC yang macam biasa akan sepah dan cik zira kemas-kemas bilik tu dulu. lepas kemas, buat lesson plan untuk hari ni, biasalah cikgu kan, kena plan nak mengajar apa pulak besok, cik zira akan buat lesson plan selalunya sehari awal, jadi mudah, kita dah tahu apa yang nak diajar



si suara takde,, huhu



dah siap kerja, turun bawah balik, pergi bilik guru, pukul 12.45 macam tuh cik zira dah turun bawah sambil bawa dadih makan dekat bawah sebab cik zira memang akan ambil kedatangan kelas 2F masa dekat perhimpunan lagi, senang, takdelah lambat bagi kedatangan nanti, lagipun cik zira dah kenal 44 orang semua kelas cik zira tu, senang sikitlah,, =)






semalam bawa bekal dan makan pukul 3.15. bawa nasi + sayur masak lemak + ayam masak cili + telur masin. makan cepat sebab kul 3.30 nak kena jaga perpustakaan pula. maklumlah cikgu pustaka katakan,, =)






semalam kelas penuh jugak, 8 masa, cik zira kan seminggu 32 masa, tak masuk masa perpustakaan lagi tuh,,  jadi kalau ada masa rehat pun untuk solat dan makan cepat-cepat, tak banyak sangatlah masa untuk berehat, masa yang ada akan digunakan dengan sebaiknya, 






mengajar dengan rasa seksa sikit sebab takde suara. hari ni tak tahulah macam mana ni, macam tak baik pun, makin teruk adalah, harap-harap dapatlah keluar jugak sikit bagi anak-anak faham apa yang cik zira ajar,, Insya Allah






dan semalam dalam perjalanan balik makan kerepek pedas dalam kereta,  sampai rumah kul 7.15 macam tuh, terus basuh bekal, lepas tuh duk atas meja makan, makan buger ayam, lapar pulak,, walaupun tekak sakit, selera masih ada, tu yang bagusnya,, ;)







malam sikit dalam kul 9 lebih tuh makan ayam goreng spicy McD plak, bik moi punya tak habis, cik zira sebatlah, sayang kan membazir,, ngee







macam biasalah kan, hari-hari tetap berselera dan tetap akan makan macam-macam, seronok rasa hidup ni sebab diberikan nikmat dan selera untuk makan dan makan,,, syukur alhamdulillah







dan pagi ni plak, dah sarapan tau, sarapan roti telur 2 keping + karipap + popiah sambal, ha tu kan, makan lagi,, =)






itu sahaja ceritanya semalam dan sedikit untuk hari ni. harap-harap tekak ni cepatlah baik. nak mengajar macam biasa,, AMIN







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 4 mei 2011 8.55 a.m.

2 comments:

Norsyakiela said...

xelok2x lg ker tekak tue ziera?kene minum air ptih byk2x taw,jgn minum ais,biar kurang skit rase perit tue...

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haah, belum lagilah kiela, dah lama sangat, mungkinglah sebab tak berpantang,, tu yang lambat baik,, hehe



thanx dEar,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails