SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, May 6, 2011

semalam, 5 mei 2011





Assalamualaikum
dan
salam sayang buat semua






korang, akhirnya semalam kan, cik zira pau jek baju corak batik bik moi pakai gi keje memandangkan dah tak tahu nak pakai baju apa dah semalam, minta izin dulu dengan bik moi, nasib baik ada makcik yang cikgu jugak dan baju muat nak pakai, jadi kalau dah takde baju sangat, pau jelah,, ;)







keluar rumah seperti biasa, sampai sekolah juga seperti biasa. siapkan lesson plan dulu dan buat kerja pape yang patut. dalam kul 12.45 tu amek wudhu macam biasa siap-siap sebab nak solat masa ngaja 3J sebab kelas terus sampai kul 4.30 pada hari khamis. semalam mengajar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun keadaan suara masih belum pulih sepenuhnya. tapi dalam kul 12.30 macam tu cik zira makan kepak ayam goreng dulu sebagai alas perut,, ;)






masa mengajar kelas 3B, cik zira bawa dorang masuk SAC. ini kali pertama cik zira bawa budak kelas masuk SAC tu. nasib baik muat walaupun agak sempitlah jugak. cik zira buat aktiviti berkumpulan iaitu suruh dorang berbincang dalam kumpulan untuk berlakon berdasarkan big book yang dorang baca dan jugak diberikan kertas untuk membuat peta minda berdasarkan big book tersebut. kumpulan terbaik mendapat pink sticker.




perbincangan sedang dijalankan




yang bagusnya, selalu dorang dalam kelas kalau bagi je aktiviti mesti akan bising lah sebab teruja. tapi semalam cik zira buat pendekatan kumpulan mana bising dapat orange sticker jadi takdelah bising pun. bagus betul, mendengar kata sungguh.







best jugak bawa dorang masuk SAC, jadi takdelah suasana sama dalam kelas je. dan kelas 3B memang paling beruntung sebab cik zira dah banyak kali bawa dorang belajar luar kelas. takpe, nanti dengan kelas lain pun cik zira akan bawa masuk SAC. cuma dengan tahun 2 tuh, kena lagi keras sebab dorang lagilah teruja nanti. cuma dalam bilik SAC ni takde meja, jadi tak boleh bagi dorang banyak sangat kerja menulis, susah dorang nak tulis.






semalam, masa mengajar kelas ketiga, 2E, cik zira dah tak tahan dah, haus sangat, minta tolong sorang budak 2E tu belikan air kat kantin, cik zira upah dia,, suruh belikan milo ais tapi dah habis, dia belikan teh ais. dapatlah minum sementara nak tunggu kelas habis kul 4.30.







habis je kelas, turun bilik guru, buat kerja sikit, dan MAKAN!






semalam bawa bekal satu lebih bagi kak ida dengan kak zu. bawa bekal nasi + kepak ayam goreng + sayur lemak + SAMBAL PETAI (favourite all the time). suka sangat kalau ada sambal petai ni. nasi pun mesti lebih. makan sampai licin tau,, ;)







selesai makan, solat asar dan sambung kerja balik sementara tunggu waktu balik. memang dapat siapkan kerja banyak jugak semalam.






balik semalam jalan tak jam, sampai pun awal. kalau dah sampai awal, jawabnya lepas basuh bekal tuh, teruslah duduk atas meja makan, makan lagi nasi dengan sambal petai + ayam + sayur tuh, tiga kali makan ayam semalam, 4 ketul semuanya, nasib baik kecik-kecik jek. kalau dah ada sambal petai kan, memang konpem makan nasi lebih,, sedap betul lah!







malam tadi ingat nak buat draft untuk lesson plan minggu depan, tapi takde mood plak, tak buat pun, layan tengok tv lepas tuh tido awal. pagi ni lah kena buat kerja tu.







hari ni gi sekolah kul 1, solat di sekolah. kelas 4 masa sahaja. ada masa lapang buat kerja dan satu masa kena jaga perpustakaan. cik zira bertugas di perpustakaan hari selasa, rabu dan jumaat.






esok pun sekolah ganti akhir untuk cuti deepavali bulan 10 nanti. lepas ni dah takde ganti, tinggal hari koko dan aktiviti sekolah je. cuti ganti dah habis. ikut jadual hari jumaat, jadi akan balik awal. Yay!







ini sahaja bebelan cik zira untuk entry di hari jumaat, 6 Mei 2011 ni.






semoga hari ini adalah lebih baik dari hari semalam untuk kita semua
AMIN







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 6 mei 2011 7.45 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails