SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, May 7, 2011

semalam, 6 mei 2011





Assalamualaikum
salam sabtu buat semuanya







dah hari sabtu
tapi, macam biasalah, hari sabtu jugak cik zira akan pergi ke sekolah macam biasa dan hari ni kena ganti sekolah yang terakhir untuk cuti deepavali bulan 10 nanti
keluar ke sekolah macam biasa, kelas mula kul 1 tapi akan ikut jadual hari jumaat, jadi petang nanti akan balik awal ke rumah. Yayy!!







semalam hari jumaat yang pendek jek rasa kat sekolah. yelah, mula kul 2.30 tapi sebelum 1.30 cik zira dah sampai sekolah macam biasa. kemudian mengajar macam biasa, jaga perpustakaan macam biasa. balik macam biasa dan jalan sibuk sikit masa dekat taman daya tuh, dekat highway jalan lancar. sampai rumah pun awal.






pagi semalam, awal-awal pagi sarapan roti dengan kuih. dalam kul 10 lebih ratah lauk bik ani dah siap masak. makan sup sayur dengan fish ball lepas tuh makan tempe goreng berempah cicah sos. sambil buat kerja tuh, tapi stop kejap nak makan, lapa. lapa macam tak makan padahal pagi dah makan dah tuh. lepas siapkan kerja, kul 11 lebih makan nasi plak. nasi + sup sayur dengan fish ball + sotong masak sambal kicap. makan sambil tengok cerita labu labi. lapa betul lah,, hehe







jadi, pergi sekolah tuh tak bawalah bekal sebab timbang jek terus berat mendadak sebab makan banyak. apelah timbang ni, betul-betul cepat kena pengaruh! huh!







jadi, tak bawa lah bekal sebab lagipun dah makan. takpe, kat sekolah dalam bilik guru tu pun macam-macam ada nak dibeli untuk dimakan. tak bawa bekal pun tak mengapa.







kat sekolah semalam, cik zira beli jambu sepeket dengan makan dadih 2. habis RM 3 sahaja, hehe. ingatkan nak beli kerepek kalau lapar jugak, tapi disebabkan rezeki cikgu-cikgu murah semalam, kak rosni bagi cikgu-cikgu semua makan pulut kuning + rendang ayam untuk arwah ibu ayah kak rosni. jadi, dapatlah makanan percuma semalam. dapat-dapat je terus makan. cik zira memang pantang dapat makanan, dan dan tu jugak terus lapar, terus kena makan. apelah perut ni,, huhu







balik sampai rumah semalam pun ngabiskan rendang ayam. lepas tuh makan fish ball sebiji. lepas tuh malam pun dah tak makan apa. ceh, bangga pulak padahal perut memang lapar malam tadi cuma malas nak layankan dia,, padan muka perut!






semalam tido awal dan pagi ni bangun awal daripada selalu. lepas update blog pagi tadi, buatlah kerja pape yang patut pula sementara nak tunggu bersiap-siap nak pergi sekolah sekejap lagi.







ok ye semua. yang mana bekerja sama macam cik zira hari ni, kerja elok-elok ye. jangan lupa makan tau. kerja kerja jugak, tapi makan tetap kena makan untuk tenaga kita. (apelah cik zira, takde pesanan lain ke? ada ke ingatkan pasal makan pulak,, aisey,,)






sampai di sini.
wassalam.









~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 7 mei 2011 7.40 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails