SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, May 10, 2011

semalam, 9 Mei 2011






salam sayang
Assalamualaikum







semalam kan, pergi sekolah macam biasa. tapi, keMERAHan memulakan minggu ini. pakai baju MERAH cantik yang cik zira suka dah lama tak pakai tuh, shawl corak ada warna MERAH, kasut dan beg macam biasalah haruslah MERAH,, hehe, ramai tegurkan baju tuh cantik padahal baju tu dari sekolah menengah lagi bik ani belikan dekat first lady, murah je RM 35 tak silap. jadi, semalam memang MERAH lah,, ;)






memulakan minggu kedua Mei ni semalam dengan baik. semuanya baik dan gembira je cik zira mengajar semalam. cik zira dah mula buat ulangkaji dengan anak-anak cik zira. sebab lagi 2 minggu dorang nak periksa, jadi cik zira stop dulu masuk bab baru dan nak dorang ingat balik apa yang dorang dah belajar dan apa yang cik zira dah ajar. yang dorang tak ingat, cik zira ajar dan ingatkan balik. minggu ni dan minggu depan cik zira memang akan buat ulangkaji sahaja dengan anak-anak cik zira, Insya Allah.






semalam dapat lagi hadiah dari murid, hadiah pen pulak. bertambahlah pen cik zira,, =)






makan semalam, alas perut bawa buah pear. lepas tuh makan kerepek pedas singgit tuh. pukul 5 baru dapat makan nasi. bawa bekal nasi + asam pedas + sayur campur + ikan goreng. sementara tunggu nak perhimpunan, makan pelam plak.






semalam perhimpunan sepatutnya minggu bahasa inggeris tapi cuma budak pengacara majlis sahaja menggunakan bahasa inggeris, cikgu-cikgu lain tak guna pun. sedih sangat, dengan alasan takut guna bahasa inggeris tinggi sangat budak tak faham. cik zira dengar hanya geleng kepala sahaja. orang-orang begini terlalu banyak alasan tanpa memikirkan inisiatif terbaik menggunakan bahasa inggeris mudah yang budak boleh faham. cik zira tak suka perangai cikgu yang macam ini.






jadi, malas nak layan perangai cikgu yang tak sudah-sudah cakap guna bahasa inggeris tinggi tuh, cik zira tolong budak pengacara tu, ajar dia teknik betul sebab cik zira tak dengar apa pun dia cakap sebelum tuh, jadi cik zira suruh dia cakap satu-satu bagi jelas, dan dekatkan mulut dengan microphone dan cakap dengan kuat. alhamdulillah, lepas cik zira ajar tuh, terus suara dia jelas dan kuat,, senyum je cik zira dengar dan terus bagi pujian dekat budak tuh. cik zira tahu sedikit sebanyak cara dan teknik untuk mengacara majlis, jadi cik zira cuba ajar dekat budak tu pulak semalam, alhamdulillah lepas tuh ok sangat,, =)






malam semalam, macam biasa lepas isyak semua, dah duk depan tv nak buat kerja sekolah. lepas siap kerja sekolah, dalam kul 9 lebih nak dekat kul 10 terasa lapar plak tapi tak makan nasi, cuma ratah lauk yang ada. ratah sayur campur + ikan asam pedas + daging dendeng bik ani yang sedap itu. ratah semua sampai habis sampai dah kenyang sangat-sangat,, ;)







hari ni, kalau ada masa nak kena pergi bakar batu ambil baju tempah 2 pasang sebab hari khamis ni kena pakai baju batik perpustakaan yang tempah tuh untuk sesi pengambaran gambar cikgu-cikgu sekolah. jadi nak tak nak kena pergi amek baju tempah tuh kat cik tom kat bakar batu. harap-harap ada masa lah hari ni.






lepas tuh, sampai sekolah nanti kena mulakan lagi proses automasi buku di perpustakaan. ada tambahan lagi 5 peket buku yang perlu disiapkan. jadi, misi cik zira nak siapkan buku-buku tuh dalam hari ni dan juga besok. nak siapkan jugak, Insya Allah.






hari ni jugak kena jumpa kak kiah nak tanya aturcara majlis untuk sambutan hari guru isnin depan ni sebab macam biasa cik zira kena jadi pengacara majlis untuk sesi pagi tuh. kena tahu tentatif program untuk dapat gambaran tentang perjalanan majlis isnin tu nanti.






esok ada mesyuarat untuk membincangkan pasal perkhemahan sabtu dan ahad dan juga sambutan hari guru. mesti mesyuarat lama dan mesti tak sempat masuk kelas 2F. tapi, harap-harap sempatlah. AMIN






ini sahaja update untuk pagi selasa ni ye.
bye korang,, =)








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 10 mei 2011 8.18 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails