SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, June 4, 2011

lokasi 5 hari





mana yang tahu tu, dah tahulah kan sejak isnin sampailah jumaat cik zira bercuti mencari barang-barang persiapan ehem-ehem,, ;)






untuk entry petang ni cik zira nak berkongsilah ke mana cik zira pergi selama 5 hari tersebut dari 30 Mei sehinggalah 3 Jun semalam.






Isnin, 30 Mei 2011

cik zira sampai penang dari JB lewat sangat. bas rosak malam tuh dan tersadai hampir 3 jam. bas bertolak dari larkin pukul 10 malam dan rosak tak jauh pun lagi, area machap cenggitu. punyalah jenuh menunggu. sampai penang pukul 10.15 pagi macam tu. encik buah hati yang sedang bekerja, amek cik zira kejap dan hantar dekat rumah kak emy.






borak-borak, lepas tuh makan sedap kak emy masak. dalam pukul 2 lebih keluar dating dengan encik buah hati. nak tengok nur kasih sebab tak tengok-tengok pun lagi. punyalah terlambat. sampai jek 1st Avenue tuh, terus beli tiket dan masuk panggung tengok cite tu.






kira hari isnin sesi memanaskan badan jela. takde apa nak dicari sangat. petang tu terus ke recsam bertemu dengan mami cik zira dan borak-borak. malam makan tomyam sedap. makan sampai licin,, hehe






pukul 8 dah sampai rumah. mandi solat semua dan tido dalam pukul 11 macam tuh.







Selasa, 31 Mei 2011


bertolak dari Penang menuju ke Nilai jam 7 pagi. buah hati bawa dulu, lepas tuh cik zira sambung sampailah ke Nilai 3 tu. kitorang sampai Nilai 3 pukul 11 pagi dan terus menuju ke lokasi sebenar nak membeli barang-barang. punyalah best tengok banyak kedai. masuk dalam kedai, cari barang pun nak dekat 3 jam tak silap. siap satu kedai cari kedai lain plak untuk cukupkan barang.






dah siap di Nilai, gerak ke JB untuk hantar barang yang banyak tu. singgah dekat R&R untuk makan dan solat. sampai JB dalam pukul 7.15 lah perjalanan hampir dua jam dari Nilai.






sampai solat semua, kemas barang-barang susun elok-elok dalam bilik, buah hati tolongkan. makan malam nasi berlauk yang banyak dan sedap. makan sampai habis,, hehe






tido pun awal sebab esoknya nak gerak pagi jugak ke KL pulak.







Rabu, 1 Jun 2011


bangun pagi, berkemas, sarapan dan gerak dari JB kul 9.00 pagi. sampai di Sungai Besi kul 11 macam tuh singgah umah bik idah hantar pisang bik ani kirim tapi tak sempat jumpa si mayam tonet sebab dia keluar.






seterusnya terus pergi ke bandar, parking kereta dan jalanlah sekitar jalan TAR dan jalan masjid india, ada yang berkenan tapi tak membeli pape pun dan membuat kesilapan besar sebab tak tahu City One Plaza nak beli baju buah hati sebelah jek dengan Semua House. menyesal sebab tak tahu kalau tak da dapat setelkan baju buah hati hari rabu tu,, huhu






hari rabu penat dan hampa sebab tak dapat pape pun,, huhu
balik menuju ke putra heights bermalam di rumah bik habsah dan cik man. buah hati tak tahu jalan, dia dah sesat-sesat patah pusing balik nak dekat 3 jam. last-last suruh chenta hati 1 tolong amek kitorang dekat tesco extra shah alam bila buah hati dah dapat kembali ke pangkal jalan,, ;)






chenta hati 1 bawa kitorang dekat restoran arab dan belanja kitorang makan. yahoo!! sedap sangat ayam dia.






malam tuh tido lewat sket, kul 12 lebih.







khamis, 2 Jun 2011



keluar rumah pukul 10 lebih macam tu, hantar kunci rumah dekat chenta hati 1. kemudian terus menuju ke Kompleks PKNS. parking situ. jalan-jalan. geram tau jalan dekat KL-SHAH ALAM ni, baju raya cantik-cantik. tapi disebabkan misi bukan untuk mencari baju raya, jadi pasrah dan tengok-tengok jelah.






jalan dekat PKNS tu, SACC MALL, Plaza Alam Sentral. akhirnya dapatlah baju berkenan di sebuah butik di Plaza Alam Sentral. Alhamdulillah. walaupun harganya agak mahal, tapi puas hati sebab dapat yang berkenan di hati. dapat juga kasut kerja 2 pasang yang sangat selesa dekat Bata,, ehe






lagi satu baju beli di PKNS, patah balik. makan soto dengan mee rebus dalam PKNS tu sebab lapar sangat asyik berjalan je, pagi tuh sarapan roti telur sahaja. tapau nugget set Mc Donalds dalam perjalanan ke KL balik nak ke City One Plaza. bila sampai tu yang jadi geram sebab baru tahu dah lalu dah semalam. sayang betul,, huhu






cari baju buah hati pulak. dapat kasut cantik sekali untuk cik zira. tapi tak cukup sepasang sebab dah habis stok, nak cari kedai lain dah tak sempat. makan malam tandoori dengan sepupu buah hati, Iqbal dan pasangannya Ina yang bakal berkahwin juga oktober ini. makan sambil borak-borak. Iqbal lah banyak tolong kitorang tunjukkan jalan. Terima Kasih ye Iqbal!






nak cari tudung dan veil dah tak sempat. semua tempat dah tutup-tutup. hampa dan kecewa tapi takpelah, boleh cari lain kali. bukan nak rushing pun. bertolak balik ke Penang pukul 8 lebih tu. buah hati bawa sampai ke Penang sebab cik zira dah penat sangat. sampai Penang jam 11 lebih dan bersiap solat semua kemudian tido.







Jumaat, 3 Jun 2011


pagi sarapan dengan kak emy dan family dekat kayu nasi kandar, makan roti telur. balik lepak tengok tv dekat rumah. lepas jumaat, dalam kul 3 buah hati amek dan ke recsam bertemu dengan kak zara yang nak buatkan deco untuk majlis di recsam untuk belah buah hati. bincang-bincang. sebelum tuh makan tengah hari dulu sebab lapar dan lauk sedap je. borak-borak dengan mami dan bergerak pula ke BJ. hasrat hati nak cari tudung tapi takde yang berkenan di hati. KL jugak yang terbaik. huhu






takde BJ, gerak ke Komtar sebab nak amek telefon betulkan dah siap. jalan jam teruk. nasib baik buah tai memang tahu jalan alternatif lain. lepas amek phone, terus ke Gurney. niat nak cari kasut buah hati. sampai makan di Nandos dahulu. lepas makan pergi solat. kasut tak dapat cari sebab kondisi perut cik zira tak berapa nak sihat. terus balik.






berehat dulu di rumah sementara menantikan bas pukul 12 tengah malam. buah hati hantar ke stesen bas sg nibong. bas sampai pukul 12.15. maka berpisahlah cik zira dengan buah hati. hanya 5 hari sahaja dipertemukan untuk mencari barang bersama setelah dua bulan lebih tidak bersua muka. jadilah kan. inilah namanya hubungan jarak jauh. kena terima semuanya.


sorang masam, sorang senyum lebar,, ;)




jauh perjalanan cik zira selama lima hari ni. JB-PENANG-NILAI-JB-KL-SHAH ALAM-KL-PENANG-JB. memang jauh,, ^____*







panjang betul cerita kan. ini kira macam rumusan perjalanan lah. gamba-gamba nanti kemudian ye. cerita dahulu,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 4 jun 2011 11.37 a.m.

2 comments:

haziqaanes said...

Salam, kak zira nak kawen dah eh? heheh tahniahhh ;)

p/s: saya junior tesl (cohort 1 3rd cycle)- silent reader blog akak huahua

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

wsalam,,
Insya Allah disember nanti dEar,, doa-doakan ye,, thanx sangat,, =)



oh, silent reader ye,, time kah tau sudi baca blog MERAH ni,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails